10 fakta tentang Rosari yang perlu kita tahu

Umat Katolik di seluruh dunia sedang menjalani bulan Mei yang didedikasikan secara khusus bagi Bonda Maria.

May 16, 2020

Umat Katolik di seluruh dunia sedang menjalani bulan Mei yang didedikasikan secara khusus bagi Bonda Maria. Bulan Mei ini disebut juga bulan rosari.

Mari kita lihat  10 fakta tentang rosari yang wajib diketahui:

1. Rosari bererti mahkota mawar
Kata rosari berasal dari kata bahasa latin rosarium yang bererti mahkota mawar. Ketika kita berdoa Rosari, kita  seperti sedang berjalan melalui sebuah taman mawar milik yang indah milik Bonda Maria.

2. Mulai digunakan sejak abad ke-3
Manik-manik Rosari sudah ada sejak abad ke-3. Para biarawan Timur mengembangkan pelbagai bentuk Rosari.

3. Penampakan di Fatima, Portugal
Salah satu peristiwa besar dalam sejarah Rosari adalah penampakan Bonda Maria di Fatima, Portugal.  Bonda Maria menampakkan diri sebanyak enam kali kepada Lucia de Jesus, Francisco dan Jacinta Marto. Penampakan pertama pada tahun 1917 dan penampakan terakhir dengan keajaiban matahari yang luar biasa. Pada penampakan ini Bonda Maria mengungkapkan identitiya sebagai “Our Lady of the Rosary”.

Bahkan, Bonda Maria menitipkan pesan kepada ketiga-tiga kanakkanak itu untuk memberitahu seluruh dunia agar tekun berdoa Rosari.

4. Rosari tidak hanya dipakai oleh orang Katolik
Bukan hanya orang Katolik sahaja yang memakai atau memiliki kalung Rosari.

Faktanya, Gereja Ortodoks Timur Yunani dan Turki juga memiliki rosari dengan 100 manik. Gereja Ortodoks Rusia pula memiliki Rosari dengan 103 manik. Gereja Katolik

Roma memiliki 59 manik rosari, di mana 53 manik atau butir untuk doa Salam Maria dan enam yang lainnya untuk doa Bapa Kami.

5. Sebagai Hadiah
Kalung Rosari telah lama menjadi salah satu pemberian untuk orangorang terkasih.

6. Rosari sebagai pelindung
Ramai orang Katolik percaya bahawa memiliki rosari dapat melindungi diri dari pelbagai bahaya.

Ramai yang menggunakan kalung Rosari di leher, di kenderaan sebagai lambang atau identiti bahawa mereka adalah umat Katolik.

7. Bapa Suci Rosari
Sri Paus Leo XIII (1878-1903) dikenali sebagai The Rosary Pope atau Sri Paus Rosari.

Gelaran itu diberikan kerana peranan besar Sri Paus Leo XIII yang mendorong umat Katolik di seluruh dunia berdoa Rosari.

Meskipun hanya enam tahun sebagai Sri Paus, Bapa Suci Leo XIII telah menulis sebuah ensiklik singkat tentang Rosari yang paling kudus.

8. Peristiwa Terang
Selain Sri Paus Leo XIII, Sri Paus Santo Yohanes Paulus II juga dikenali sebagai peribadi yang sangat mencintai doa Rosari. Sebelum ini, doa Rosari hanya terdiri dari tiga peristiwa, iaitu peristiwa mulia, gembira dan sedih. Santo itu telah menambah peristiwa terang dalam doa rosari pada tahun 2002.

9. Doa paling popular
Doa Rosari adalah doa popular di seluruh dunia yang membawa umat semakin dekat dengan Tuhan dan Bonda Maria.

10.  Merenungkan Injil dan Kisah Yesus Kristus
Setiap peristiwa di dalam doa Rosari berisi tentang perjalanan Yesus Kristus dan Bonda Maria. Berdoa Rosari memberikan banyak waktu untuk ikut merenungkan Injil dan mendalami semua karya keselamatan Yesus Kristus.-- iKatolik/iman Katolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments