12 ungkapan orang-orang kudus untuk memulai 2021

Melihat banyak ulangan kata-kata negatif, seperti ‘tidak pasti’, ‘sukar', ‘mengkhuatirkan', , dan ‘stres’, serta banyak kata-kata yang menyimpulkan tahun 2020 begitu mencabar. Tidak ada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada tahun baharu 2021 ini kerana Covid-19 masih menular.

Jan 09, 2021

Melihat banyak ulangan kata-kata negatif, seperti ‘tidak pasti’, ‘sukar', ‘mengkhuatirkan', , dan ‘stres’, serta banyak kata-kata yang menyimpulkan tahun 2020 begitu mencabar. Tidak ada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada tahun baharu 2021 ini kerana Covid-19 masih menular.

Namun, pandemik atau tidak, mari menyerahkan hidup kita di tangan Tuhan dan percaya bahawa akhirnya, Tuhan akan melindungi serta membimbing kita pulang kepada-Nya.

Pada awal bulan tahun 2021 ini, dengan iman dan harapan, marilah melihat katakata bijak dari orang-orang kudus, yang ramai di antaranya sangat menderita semasa di bumi. Orang-orang kudus ini sentiasa percaya dan berpegang kepada kasih Bapa Syurgawi meskipun pada “masa-masa tidak pasti”. 

–– Letakkan semua kepedulianmu tentang masa depan dengan penuh kepercayaan di tangan Tuhan, dan biarkan dirimu dibimbing oleh Tuhan seperti anak kecil. — Santa Teresa Benedicta dari Salib

–– Selain dosa, kegelisahan adalah kejahatan terbesar yang boleh menimpa jiwa. Tuhan menyuruh engkau berdoa dan Dia melarang engkau untuk khuatir –– St Francis de sales 

–– Jangan habiskan energimu untuk halhal yang menimbulkan kekhuatiran, kecemasan, dan kesedihan. Hanya satu hal yang diperlukan: Nyalakan semangatmu dan cintailah Tuhan–– Santo Padre Pio 

–– Iman adalah mempercayai apa yang tidak engkau lihat. Pahala dari iman adalah melihat apa yang engkau percayai –– Santo Agustinus dari Hippo

–– Hiduplah dalam iman dan harapan, meskipun dalam kegelapan, kerana dalam kegelapan ini Tuhan melindungi jiwa. Serahkan perhatianmu kepada Tuhan kerana engkau adalah milik-Nya dan Dia tidak akan melupakanmu. Jangan berfikir bahawa Dia meninggalkanmu sendirian, kerana itu akan melukai hati-Nya –– Santo Yohanes dari Salib

–– Tidak ada hal besar dapat dicapai tanpa banyak menderita –– Santa Katarina dari Sienna

–– Jangan khuatir  tentang masa hadapan.  Serahkan segalanya di tangan Tuhan kera na  Dia akan menjagamu –– Santo Yohanes Pembaptis de la Salle

–– Siapa selain Tuhan yang dapat memberimu perdamaian? Pernahkah dunia dapat memuaskan hati? –– Santo Gerard Majella  

–– Tataplah terus kepada Tuhan dan serahkan itu kepada-Nya. Hanya itu semua yang harus engkau khuatirkan. — Santa Jane Frances de Chantal l Rahsia kebahagiaan adalah menjalani saat demi saat dan bersyukur kepada Tuhan atas apa yang Dia kirimkan kepada kita setiap hari atas kebaikan-Nya–– Santa Gianna Molla 

–– Jika Tuhan mengirimkan banyak penderitaan, itu pertanda bahawa Dia memiliki rencana besar untukmu, dan tentunya ingin menjadikan engkau orang kudus. — Santo Ignatius Loyola l Hidup bersama Kristus adalah petualangan yang luar biasa –– Santo Yohanes Paulus II

Total Comments:0

Name
Email
Comments