14 Mei, ajakan Sri Paus Fransiskus untuk berdoa, berpuasa dan beramal

14 Mei, ajakan Sri Paus Fransiskus untuk berdoa, berpuasa dan beramal

May 16, 2020

Sambutan 14 Mei Paroki Sook disiarkan secara live
SOOK: Paderi Paroki Roh Kudus, Sook, Father Boniface Kimsin amat menyedari betapa parahnya bencana yang dibawa oleh pandemik Covid-19. Oleh itu, sepanjang hari 14 Mei, Paroki Sook mengadakan doa rosari 20 dekad dan doa kerahiman ilahi yang diadakan pada sesi pagi, tengah hari dan malam.

Ketiga-tiga sesi berdoa itu dipancarkan secara langsung melalui Facebook Paroki Sook. Semoga kuasa dan belas kasihan Tuhan membantu manusia mengatasi pandemik Covid-19.







Bagaimana mereka menanggapi Hari Berdoa, Berpuasa dan Amal?
Pada 14 Mei, saya berpuasa, berdoa rosari dan beramal kasih kepada yang memerlukan yang telah saya kenal pasti. --Katekis Marcus Angang, Kuala Penyu

Menjelang 14 Mei, saya membeli sedikit barangan asas untuk diberikan kepada dua buah keluarga migran. Mereka bukanlah beragama Kristian tetapi saya memahami bahawa mereka juga ingin berbuka puasa seperti orang lain. Semoga Tuhan memberkai para pakar agar segera menemui vaksin virus ini dan semoga Tuhan memberi kekuatan kepada para fronliners serta penghiburan kepada mereka yang terkesan kerana pandemik ini.  -- Clarence , Holy  Trinity, Tawau

Pada awal pagi, terlebih dahulu saya menghadiri Misa Kudus pagi yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong. Pada sebelah petang, saya berdoa rosari bersama-sama dengan para kakitangan Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon. Kami juga berpuasa dan berpantang daging pada 14 Mei. --Bonia Emin, Keuskupan Keningau

Komuniti kecil kami berpuasa sepanjang 14 Mei. Dari segi aksi amal kasih, apa yang dapat kami tawarkan ialah mendengar permasalahan orang lain. Kami juga rekoleksi sambil berdoa agar covid-19 ini segera berakhir. --Sr  Theresa Petrus FSIC

Selepas Misa pagi di mana saya berdoa agar krisisi kesihatan ini segera berakhir, saya dan ahli-ahli KKD bergotong royong membersihkan Gereja sebagai tindakan amal kasih kami. Kami juga mengurangkan jumlah pengambilan makanan. --Roney Eming, Komisi Belia Keuskupan Keningau.

Menderma kepada Gereja dan beramal kepada yang memerlukan adalah kemestian saya pada hari ini. Selain itu saya berdoa rosari dan kerahiman Ilahi bersama keluarga serta melangkau makan tengah hari dan juga berpantang daging. --Fanny Ling, Penampang

Total Comments:0

Name
Email
Comments