60 tahun taat dalam hidup bakti, religius bagi petua panggilan

16 Julai merupakan tarikh istimewa seorang rahib kongregasi Karmelit (OCD) , di mana beliau merayakan ulang tahun intan sebagai religius.

Aug 09, 2019

MIRI: 16 Julai merupakan tarikh istimewa seorang rahib kongregasi Karmelit (OCD) , di mana beliau merayakan ulang tahun intan sebagai religius.

Sr Josephine Mary dilahirkan di Kuching pada 28 Feb, 1940, menyertai Carmelite Sisters pada usia 17 tahun.

Ulang tahun ke-60 Sr Josephine dirayakan dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Richard Ng.

Mengimbas kembali ketika memasuki biara, pada suatu ketika, beliau diuji dengan kesihahatan yang tidak baik tetapi Josephine menguatkan hatinya dan mempersembahkan keperitannya kepada Tuhan. Di atas kecekalan hatinya, meskipun kesihatannya tidak sembuh sepenuhnya tetapi sehingga sekarang, beliau tabah dan sukacita melayani dalam komunitinya.

Bercakap mengenai panggilan, Sr Josephine berpesan kepada kaum muda bahawa jika anda tertarik kepada perkara-perkara rohani misalnya suka menyertai Misa Kudus dan menerima Komuni Suci, suka berdoa, mendengar Firman Tuhan dan tidak menyukai perkara-perkara keduniawian, jangan takut kerana anda boleh yakin bahawa Yesus sedang memanggil anda. 

Total Comments:0

Name
Email
Comments