Puak pelampau Aceh serang rumah doa Kristian
Published on: June 30, 2012 at 13:01 PM
Tags:-

JAKARTA (Herald Malaysia): Sekumpulan puak pengganas Islam telah menyerang sebuah rumah doa Kristian di wilayah Aceh. Bangunan tersebut dirosakkan sehingga umat Kristian tidak dapat melakukan ibadat di situ. Saksi-saksi tempatan, serangan tersebut berlaku pada hari Ahad semasa umat sedang beribadat. Rumah doa itu adalah milik Gereja Bethel, Indonesia.

Alasan puak pelampau menyerang bangunan tersebut adalah kerana rumah doa itu dikatakan beroperasi tanpa permit. Namun dakwaan itu disangkal oleh penganut Kristian. Lebih mengecewakan para penganut Kristian ialah serangan itu dilakukan di hadapan pihak polis tetapi mereka tidak melakukan apa-apa sebaliknya hanya menutup bangunan itu selepas serangan.

Rumah doa yang terletak di Peunayong, di Banda Aceh dirusuh ketika penganut Kristian yang sedang beribadat di situ. Para penyerang melemparkan bata dan batu-batu kecil yang merosakkan bahagian luar bangunan rumah doa tersebut.

Para saksi mengesahkan bahawa polis hanya berdiri di situ sementara para penganut Kristian berlari keluar dari bangunan tersebut. Persatuan dan aktivis hak asasi manusia mengecam serangan pelampau di kawasan yang disifatkan tenang dan mempunyai persekitaran majmuk. Aceh, juga merupakan antara wilayah yang mengenakan undang-undang Syariah. Pihak berkuasa di sini menggunakan “polis moral” iaitu unit khas untuk mengesan orang-orang yang melanggar kod moral tempatan.

Di bawah pimpinan Gabenor Irwandy Yusuf, bekas pejuang pemberontak, terdapat sedikit keamanan dan keharmonian di antara pelbagai agama di sini. Namun, banyak perkara telah berubah baru-baru ini kerana puak fundamentalis semakin berkuasa dan bebas untuk bertindak termasuklah menutup beberapa tempat beribadat bukan Islam.

Indonesia mempunyai sejarah kempen moral di atas nama Syaria dan peraturan Islam yang amat ketat di Aceh. Kes terbaru ialah larangan memakai skirt mini, jeans ketat, larangan melakukan yoga dan tembakau. -- AsiaNews

Bookmark
 
Total Comments : 0
Join the discussion
Name
Comments