ACN lancar kempen “Tiga Hadiah” Natal buat Kristian di Syria

ACN lancar kempen “Tiga Hadiah” Natal buat Kristian di Syria

Dec 07, 2018

ROMA: Yayasan Bantuan kepada Gereja yang Memerlukan (ACN) telah melancarkan kempen Natal dengan tiga projek bagi membantu umat Kristian di Syria.

Perang di Syria, yang sudah berlangsung selama tujuh tahun dan menyebabkan 552 ribu kematian, masih belum berakhir. Ketika negara itu sedang dihancurkan, minoriti umat Kristian di mana sebelum tercetusnya perang, sekitar 10% dari populasi, cuba untuk bertahan hidup.

ACN di Itali telah melancarkan kempen Natal “Tiga Hadiah” sebagai usaha membantu umat Kristian ini, agar penganut Kristian tidak sepenuhnya hilang dari Timur Tengah. Hadiah-hadiah itu merupakan tiga perkara sukar diperolehi semasa perang iaitu: Makanan, Sanitasi, dan Pendidikan.

Projek makanan pertama melibatkan agihan 1, 725 paket makanan kepada keluarga- keluarga Kristian yang hidup dalam kemiskinan tegar. Lebih seribu daripada mereka tinggal di rumah mereka sendiri meskipun rumah-rumah itu telah rosak parah akibat perang. Manakala, 635 keluarga tinggal tanpa bumbung di atas kepala mereka.

Projek kedua Sanitasi: bertujuan membantu 700 orang di Aleppo yang menderita secara medik. Oleh sebab perang yang tak hentihentinya, sangat besar jumlah orang yang memerlukan bantuan medik, sama ada untuk luka atau penyakit. Perang tidak hanya menyebabkan penyakit dan luka, tetapi juga menghancurkan banyak pusat kesihatan yang sebelumnya telah memberikan bantuan. Perang telah menyebabkan kemiskinan, dan ketika kemiskinan membuat orang ramai berhenti mendapat makanan, maka perang juga menghalang seseorang untuk membeli ubat.

Projek ketiga ditujukan untuk kanak-kanak, mereka yang paling menderita dari perang ini. ACN di Aleppo memberikan wang yang diperlukan untuk membangun dan menghidupkan kembali perawatan bayi, yang dihancurkan oleh bom, yang

Memberi perlindungan kepada 15 anak autistik. Di sini, para Sister dari Misionaris Fransiskan Maria, membantu dan mengasihi mereka yang memerlukannya.

Natal ini, ACN di Itali telah menemui cara untuk membuat sebuah usaha yang berbeza untuk umat Kristian yang menderita akibat tidak dipedulikan oleh orang lain. —VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments