Adam dan Hawa ciptaan Tuhan yang salah?

Manusia pertama jatuh ke dalam dosa bukan kerana kecenderungan berbuat dosa. Kecenderungan berbuat dosa hanya terjadi sebagai akibat dari kejatuhan ma

Nov 10, 2019

Soalan 1: Apakah Tuhan tidak tahu bahawa Adam dan Hawa akan jatuh ke dalam dosa? Bolehkah Adam dan Hawa dianggap sebagai ciptaan Tuhan yang salah (kerana jatuh ke dalam dosa)?

Jawaban: Manusia pertama jatuh ke dalam dosa bukan kerana kecenderungan berbuat dosa. Kecenderungan berbuat dosa hanya terjadi sebagai akibat dari kejatuhan manusia di dalam dosa.

Menurut St. Thomas Aquinas, dalam Summa Theologica II-II, q. 163, a.1, mengutip Sir 10:13, "Kecongkakan adalah permulaan dari dosa." "dosa masuk ke dalam dunia oleh dosa satu orang…" Maka dosa pertama daripada manusia adalah kesombongan.

Kita ketahui bahawa Tuhan menciptakan manusia pertama baik adanya, dengan diberikannya empat rahmat yang disebut empat prenatural gifts, yang adalah: (a) immortality/ tidak tunduk terhadap kuasa maut, (b) immunity from suffering / kebal daripada penderitaan, (c)  infused knowledge, (d) integrity, iaitu harmoni dan tunduknya segala macam keinginan dan emosi dari kedagingan kita kepada reason (akal budi) (Lih KGK, 405, 337).

Maka dosa kesombongan di sini tidak disebabkan oleh concupiscence, yang mengacu kepada ketidakteraturan keinginan daging, kerana sebelum jatuh dalam dosa, Adam dan Hawa mempunyai yang disebut sebagai the gift of integrity, iaitu segala keinginan daging yang tunduk kepada akal budi.

Menurut St. Thomas, dalam hal ini yang terjadi ialah ketidakteraturan keinginan rohani yang melampaui takaran yang ditetapkan Tuhan. Hal ini dimungkinkan kerana manusia selain diciptakan den gan akal budi, juga diberi kehendak bebas.

Akal budi dan kehendak bebas inilah yang juga terdapat pada para malaikat, dan kita ketahui bahawa ada sejumlah malaikat yang juga yang memilih untuk tidak taat kepada Tuhan.

Oleh kerana itu, kenyataan bahawa manusia jatuh ke dalam dosa kesombongan ini, bukan disebabkan pertama-tama kerana Hawa 'terpikat' oleh buah itu secara fizikal, tetapi kerana Hawa 'terpikat' oleh janji yang disebutkan oleh Iblis, bahawa setelah makan buah itu maka ia akan "menjadi seperti Tuhan" (Kej 3:5).

Maka, dengan pengertian ini, bukan bererti manusia diciptakan seperti 'barang salah produksi' sehingga jatuh dalam dosa. Alkitab malah menyebutkan bahawa setelah menciptakan manusia, "Tuhan melihat semua yang dijadikan-Nya itu sangat baik" (Kej 1: 31), dan pada hari-hari sebelumnya juga dikatakan ‘baik.’

Justeru kerana diciptakan secitra dengan Tuhan, maka manusia dapat  memilih sendiri apa yang menjadi keinginannya, iaitu untuk taat kepada-Nya mahupun menolak-Nya. Sayangnya manusia pertama memilih untuk menolak kasih Tuhan dan menolak taat kepada Tuhan, kerana lebih percaya kepada pujukan Iblis.

Oleh kerana itulah, Yesus, sebagai Adam ke-dua 'memperbaiki'/ memulihkan kejatuhan ini dengan menyatakan kasih kepada Tuhan dengan ketaatan yang sempurna terhadap kehendak Tuhan, dengan menyerahkan nyawa-Nya di kayu salib demi menyelamatkan umat manusia. Tuhan yang Mahatahu sudah mengetahui bahawa menciptakan manusia dengan akal budi dan kehendak bebas dapat menyebabkan manusia dapat menolak Dia.

Tuhan tidak terkejut dengan dosa manusia pertama tersebut, yang akhirnya diturunkan kepada semua manusia. Maka sudah menjadi rencana-Nya pula bahawa Dia akan mengutus Putera-Nya Yesus untuk menebus dosa umat manusia. -- katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments