Akar iman dipelajari dari keluarga

Sri Paus Fransiskus telah mengunjungi Romania, “negara paling berpegang teguh pada agama di Eropah” menurut Kajian Pew tahun 2018.

Jun 13, 2019

BUCHAREST: Sri Paus Fransiskus telah mengunjungi Romania, “negara paling berpegang teguh pada agama di Eropah” menurut Kajian Pew tahun 2018. Negara itu mempunyai penduduk beragama Ortodoks (lebih 80 peratus) diikuti Protestan dan Katolik Yunani.

Dua puluh tahun selepas kunjungan bersejarah Santo Bapa Suci Yohanes Paulus II, Sri Paus Fransiskus mengikut jejak pendahulunya, mengunjungi Romania yang juga dikenali sebagai “taman Perawan Maria” pada 31 Mei-2 Jun, untuk mengukuhkan lagi hubungan ekumenisme seperti yang telah dimulakan oleh pendahulunya.

Dalam salah satu siri jelajah apostoliknya di Romania, Sri Paus Fransiskus telah bertemu dengan para belia dan keluarga di Iasi, yang terletak di timur Romania, berdekatan dengan sempadan Moldova. Prelatus itu berkata pertemuan iman itu telah menyatukan ibu bapa dan kanakkanak, nenek-datuk dan cucu, umat pelbagai bangsa dan tradisi.

Bapa Suci juga menyeru kaum muda agar mengejar “visi kenabian bahawa tanpa kasih dan Tuhan, tidak ada siapa dapat hidup di dunia.”

Kepada para hadirin, Sri Paus mengatakan, “Anda semua berasal dari tempattempat dan budaya berbeza. Tetapi pada hari ini, anda semua berkumpul dengan gembira.”

Fransiskus juga berpesan kepada para umat agar tidak melupakan asal usul mereka dan teruskan bertumbuh tanpa melupakan ajaran-ajaran baik dari rumah untuk disebarkan kepada komuniti yang lebih besar.

Bapa Suci turut memperingatkan akan kewujudan si Jahat yang suka memisahkan, membahagi, menanam semangat kebencian dan tidak percaya di kalangan pengikut Tuhan. Tetapi, tegas Sri Paus, Roh adalah sebaliknya. Roh, mengingatkan kita agar tidak berseorangan, sebaliknya menjangkau orang lain dan tanpa sejarah atau identiti, kita adalah orang yang tidak bernama, tanpa wajah dan abstrak.

Total Comments:0

Name
Email
Comments