Akar sebenar kesepian manusia

Apa punca sebenar kesepian manusia?

Feb 09, 2018

Apa punca sebenar kesepian manusia?

Apakah ia satu kecacatan dalam pertumbuhan atau perkembangan peribadi kita? Atau, adakah kata-kata terkenal Sto Augustinus, “Engkau telah mencipta kami untuk diri-Mu, Tuhan, dan hati kami tidak akan damai sehingga ia berehat dalam diri-Mu,” adalah jawaban kepada persoalan ini?

Pepatah Augustinus ini, meskipun amat baik, tetapi tidak mencukupi dalam menjawab persoalan ini. Kita adalah jiwa-jiwa yang tidak terbatas di dalam hayat yang terhad dan ini sudah cukup untuk menjelaskan rasa tidak puas hati dan sakit hati yang tidak pernah berhenti berdenyut di dalam diri kita; kecualilah sekiranya, jiwa kita memasuki sebuah dunia yang mempunyai jenama kehidupan kekal dan ini akan mengkhususkan semua kesakitan yang kita alami.

Terdapat pelbagai penjelasan tentang persoalan ini: Sebagai contoh, Bernard Lonergan, ahli teologi dan falsafah yang amat dihormati menyatakan bahawa jiwa manusia tidak datang ke dalam dunia sebagai 'tabla rasa' iaitu manusia tidak dilahirkan dengan hati yang suci, bersih umpama sekeping kertas bersih yang dapat ditulis apa sahaja di atasnya. Bagi Bernard, kita dilahirkan dengan label prinsip pertama yang tidak dapat dipadamkan di dalam jiwa kita. Apa yang beliau maksudkan?

Teologi dan falsafah klasik menamakan empat perkara yang mereka gelar sebagai spiritual, iaitu sesuatu yang mereka tahu sejak kelahiran bahawa setiap sesuatu yang wujud ia pasti akan seiringian dengan kesatuan, kebenaran, kebaikan, dan keindahan.

Setiap benda yang wujud membawa empat kualiti ini. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini adalah hanya sempurna di dalam Tuhan. Hanya Tuhan sahaja, kesatuan yang sempurna, kesempurnaan yang sangat elok, kebenaran yang sempurna dan keindahan yang sempurna. Walau bagaimanapun, bagi Bernard, Tuhan telah memberi empat perkara lengkap dengan kesempurnaannya, untuk dicap ke dalam teras jiwa manusia.

Oleh itu, kita sudah tahu bahawa kita lahir ke dunia ini dengan mengetahui, meskipun masih samar, bahawa kesatuan sempurna, kebenaran sempurna, kebaikan yang sempurna, dan keindahan sempurna sudah berada di dalam diri kita seperti jenama yang tidak dapat dipadam lagi.

Oleh itu, kita sesungguhnya tahu membezakan yang baik dan tidak baik kerana kita sudah tahu akan kebenaran yang sempurna dan kebaikan dalam teras jiwa kita, sama seperti naluri kita yang boleh mengenal cinta dan keindahan kerana kita telah mengetahuinya dalam cara yang sempurna, walau sejahat dan sehitam mana pun hati kita.

Dalam kehidupan ini, kita tidak mempelajari kebenaran tetapi kita mengenalnya; kita tidak belajar untuk mencintai tetapi kita mengenalnya kita tidak belajar tentang apa yang baik tetapi kita mengenalnya; dan kita tidak mengetahui apa yang baik, tetapi kita tetap mengenalinya.

Kita kenal akan semua ini kerana kita telah memiliki keempat-empat perkara sempurna itu di dalam teras jiwa kita.

Sesetengah mistik berpegang kepada ungkapan mitos ini: Pemikiran yang menyatakan bahawa jiwa manusia datangnya daripada Tuhan dan perkara terakhir yang Tuhan lakukan sebelum meletakkan roh ke dalam tubuh ialah mengucup jiwa kita. Jiwa itu kemudiannya melalui kehidupan yang sentiasa mengingati secara samar-samar akan kecupan itu, kecupan sempurna akan cintakasih, dan segala tindakan dan aksi cinta kasih dalam kehidupan adalah berdasarkan kecupan pertama yang amat sempurna itu.

Kaum Yunani purba Stoika juga menyatakan sesuatu yang serupa. Mereka menjelaskan bahawa sebelum jiwa itu wujud, ia ada di dalam Tuhan dan sebelum Tuhan meletakkan jiwa ke dalam tubuh, ia akan menghapuskan ingatan sebelum kewujudannya. Tetapi jiwa yang terus menjalani kehidupan di dunia ini, akan dapat mengingati meskipun tidak jelas, ini adalah kerana, ia berasal daripada Tuhan, dan jiwa itu akan selalu mengingati, meskipun samar-samar, mengingati rumah sebenarnya iaitu Tuhan, dan sentiasa rindu untuk kembali kepada-Nya.
Menurut sebuah versi cerita mereka, kaum ini percaya bahawa Tuhan meletakkan jiwa ke dalam badan hanya apabila bayi itu sudah terbentuk sepenuhnya dalam kandungan ibunya. Sejurus selepas meletakkan jiwa ke dalam badan, Tuhan akan menutup ingatan pra-kewujudannya dengan menutup bibir bayi agar ia tidak akan bercakap tentang prakewujudannya. Itulah sebabnya kita mempunyai rekah sedikit di bawah hidung kita, iaitu di bawah tengahtengah bibir kita.

Di situlah, jari Tuhan menutup bibir kita. Itulah sebabnya apabila kita sedang bergelut untuk mengingati sesuatu, jari telunjuk kita bergerak naik ke rekahan di bawah hidung kita. Dikatakan kita cuba untuk mengingat semula memori sebelum kelahiran kita.

Mungkin sebuah metafora dapat membantu kita untuk memahami: Kita biasa mengatakan bercakap tentang perkara-perkara yang dikatakan sebagai “boleh merasai ia adalah betul atau salah.” Tetapi ia hanya sekadar ‘perasaan’. Apakah hati kita mempunyai loceng yang dalam cara tertentu, boleh berbunyi jika ada perkara itu sesungguhnya betul atau salah?

Pada dasarnya, ya! Kita mempunyai memori bawah sedar bahawa kita pernah, suatu ketika dahulu, mengenal dan merasai cinta, kebaikan dan keindahan yang sempurna. Oleh itu, apabila perasaan-perasaan kebenaran atau sesuatu yang salah itu tercetus, adalah bergantung kepada sama ada mereka sesuai atau tidak kepada cinta, kebaikan, dan keindahan yang sudah ada di dalam teras jiwa kita, empat perkara yang sememangnya sudah sempurna, terselindung di teras jiwa kita.

Dan pada teras itu, pusat itu, adalah tempat di mana jiwa kita telah dicap dengan prinsip-prinsip pertama dan di mana kita tidak dapat mengingat dengan jelas akan kecupan Tuhan sebelum kita dilahirkan, adalah tempat tepat di mana kerinduan sejak lahir di dalam diri kita iaitu di dalam kehidupan ini, tidak dapat kerusi sebenar yang sakit sejak lahir di dalam diri kita yang dalam dunia ini , tidak dapat dipuaskan sepenuhnya.

Kita memiliki memori yang gelap, seperti kata Henri Nouwen, kita pernah dibelai oleh tangan yang sangat lembut dan penuh kasih sayang daripada semua orang yang kita temui di dalam kehidupan ini.

Jiwa kita secara samar-samar dapat mengingat cinta yang sempurna dan keindahan sempurna, yang pernah dirasai sebelum kelahiran. Tetapi, dalam kehidupan ini, kita tidak pernah puas dan sering merindui kesempurnaan itu, begitu juga bahawa kita akan selama-lamanya merindui seseorang atau sesuatu untuk menghibur dan memadamkan kerinduan itu.

Ini mewujudkan kesepian moral dalam diri kita, sebuah kerinduan yang dapat kita gelar sebagai soulmate atau teman sejiwa, iaitu, sebuah keinginan untuk menemui seseorang yang benar-benar mengenal, berkongsi dan menghormati apa yang paling dalam pada diri kita.--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments