Amal kasih adalah ‘jiwa’ kepada misi Gereja

Sempena perayaan Sto Vincent de Paul, Paus Fransiskus menyatakan bahawa amal kasih merupakan keutamaan misi Gereja dan kita dipanggil untuk membahagikannya dengan dunia, khususnya mereka yang memerlukan.

Oct 06, 2017

KOTA VATIKAN: Sempena perayaan Sto Vincent de Paul, Paus Fransiskus menyatakan bahawa amal kasih merupakan keutamaan misi Gereja dan kita dipanggil untuk membahagikannya dengan dunia, khususnya mereka yang memerlukan.

“Kebajikan adalah jantung Gereja, ia wujud kerana aksinya, jiwa kepada misinya.”

Seperti yang ditulis oleh Benediktus XVI dalam ensiklik Caritas in Varitate: “Amal kasih merupakan laluan utama doktrin sosial Gereja. Setiap tanggungjawab dan komitmen digariskan oleh doktrin ini yang selaras dengan amal kasih di mana menurut ajaran Yesus, adalah sintesis kepada semua Peraturan,” ujarnya.

Paus Fransikus mengutus pesan kepada sekumpulan keluarga besar Vincentian, organisasi yang diasaskan 400 tahun lalu bawah inspirasi Sto Vincent de Paul di mana perayaannya diraikan pada 27 Sept. Seorang Paderi Perancis, St Vincent pada abad ke-17, dikenali sebagai pelindung badan-badan kebajikan Katolik dan semasa hayatnya, karya santo itu amat terkenal di kalangan orang miskin dan orang-orang terpinggir.

Dalam pesannya, Paus Fransiskus membandingkan Sto Vincent kepada biji sesawi kecil, yang tumbuh subur dan menjalar melalui karya-karya amal kasih, teladan yang ditunjukkan kepada para paderi dan ordo-ordo religius yang ditubuhkannya. Seperti Sto Vincent, “anda dipanggil untuk menjangkau semua umat, menyampaikan Roh Tuhan sebagai “Bapa kepada orang-orang miskin” menjadi penghibur kepada yang terluka dan menjadi api amal kasih untuk menghangatkan jiwa-jiwa tercekik akibat tidak dipedulikan dan menderita kerana suara mereka tidak didengar.”

Pada hari ini, St Vincent masih berkatakata kepada kita dan Gereja, kesaksiannya mengajak kita untuk melangkah, bekerja memupuk kasih Tuhan dalam hati orang lain, dan juga di kalangan mereka yang membenci kita, kata Sri Paus.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments