Ancaman ISIS, Kristian Assyria bakal lenyap di Hassakah, Syria

Populasi Assyria di Hassakah, Syria akan lenyap dan sudah meninggalkan kawasan itu akibat ancaman Negara Islam Syria dan Iraq (ISIS), demikian menurut laporan oleh Agensi Berita Andkronos (AKI).

Aug 08, 2014

HASSAKAH, Syria: Populasi Assyria di Hassakah, Syria akan lenyap dan sudah meninggalkan kawasan itu akibat ancaman Negara Islam Syria dan Iraq (ISIS), demikian menurut laporan oleh Agensi Berita Andkronos (AKI).

Memetik daripada laporan rasmi Organisasi Demokratik Assyria (ADO), AKI melaporkan bahawa penduduk Kristian Assyrian sedang meninggalkan tempat dan rumah mereka kerana takut apa yang terjadi di Mosul Iraq, berlaku di tempat mereka.

Kemudahan elektrik dan air di Hassakah kini amat terbatas manakala keselamatan tidak lagi terjamin. Malah selalu terdapat kejadian penculikan setiap hari. Menurut ADO, percubaan ISIS untuk merampas kota itu merupakan ancaman kepada penduduk Assyria, Arab, Kurds dan Yazidis yang tinggal di situ sejak zaman berzaman.

Hassakah, sebuah kawasan yang kaya dengan budaya dan tinggalan sejarah Assyria. Imej ISIS memusnahkan tapak budaya di Mosul telah membangkitkan rasa takut pada populasi penduduk di Hassakah, khususnya orang-orang Assyria. ISIS telah pun memusnahkan monumen dan tapak bersejarah di kawasan-kawasan lain di Syria.

Penduduk Hassakah kini mendesak komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap ISIS yang mengancam kota yang bangga dengan kepelbagaian etnik, agama dan warisan sejarah.

Islam telah menyasarkan Assyrian di Syria dalam beberapa kejadian. Pada Feb 11, 2012, pemberontak dari al Nusra mengambil alih al-Tawra, yang mempunyai kawasan tadahan air terbesar di negara itu. Mereka juga merampas tiga buah kediaman pekerja kawasan tadahan akhir di mana ramai di antara pekerja tersebut adalah orang Assyria. Meskipun pemberontak itu membenarkan kakitangan asal untuk terus tinggal di kota itu bagi meneruskan operasi dan pengurusan, namun mereka yang bukan Islam Sunni tidak diberikan peluang yang sama.

“Sekarang ini, segala-galanya berada di tangan Jabhat-al- Nusra," adu seorang pelarian Assyria. "Semua orang Islam tinggal di sana tetapi jika manamana Assyria mahu kembali, mereka haruslah memeluk agama Islam atau mereka akan dibunuh.”

Penduduk Assyria juga melaporkan bahawa harta benda mereka telah dicuri, rumah mereka dirampas dan barangan mereka dijual di pasaran gelap bagi pemberontak memberi senjata serta bahan letupan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments