Apa alasan Gereja halang perkahwinan di antara sepupu?

Mereka yang hendak melakukan perkahwinan antara sepupu ini memerlukan dispensasi dari uskup (Ordinaris Wilayah). Ini bermakna bahawa perkahwinan masih boleh dilangsungkan asalkan secara pasti telah dibuktikan tidak ada halangan atau bukan perkahwinan antara saudara kandung.

Jul 12, 2019

Soalan: Saya melihat ada tradisi yang membenarkan perkahwinan di antara sepupu. Tetapi, mengapa Gereja melarang praktik tersebut. Apa alasan kuat Gereja sehingga melarang hal tersebut? — Tony

Sebelum memberikan jawaban tentang pertanyaan “perkahwinan sepupu” itu dilarang oleh Gereja, sebaiknya kita perlu mengenal dahulu mengenai perkahwinan sedarah (consaguinitas).

Perkahwinan sedarah merupakan bentuk perkahwinan yang dilakukan oleh mereka yang masih memiliki hubungan langsung, iaitu relasi satu garis keturunan: ibu bapa – anak, datuk/nenek — cucu, atau garis menyamping (colateral line): perkahwinan dengan anak buah atau perkahwinan antara saudara sepupu.

Menurut ajaran Gereja, perkahwinan sedarah seperti ini tidak dapat dilakukan dalam garis lurus mahupun garis menyamping sampai tingkat keempat. Hal ini ditegaskan oleh Gereja dalam Kitab Hukum Kanonik: “Tidak sahlah perkahwinan antara mereka semua yang mempunyai hubungan darah dalam garis keturunan ke atas dan ke bawah, baik yang sah mahupun yang natural” (Kan 1091§1); dan “Dalam garis keturunan menyamping, perkahwinan tidak sah sampai dengan tingkat keempat” (Kan 1091§2).

Pernyataan Hukum Kanonik tersebut bukan tanpa dasar atau sekadar larangan yang dilakukan oleh Gereja tanpa pemahaman medikal yang benar.

Sebaliknya, pernyataan itu memiliki keabsahan yang didasarkan oleh dunia genetika di mana perkahwinan yang dilangsungkan oleh mereka yang berhubungan darah akan menyebabkan penyakit-penyakit genetik.

Penyakit-penyakit ini telah terbukti pada banyak orang yang telah melangsungkan perkahwinan sedarah. Berdasarkan penelitian, penyakitpenyakit genetik yang sering terjadi adalah seperti kematian bayi, cacat lahir, kebutaan, kesulitan belajar, gangguan pendengaran dan gangguan metabolisme.

Selain pemahaman dunia genetika, Gereja melakukan larangan tersebut atas dasar hukum kudrat bahawa perkahwinan antara saudara sedarah tidak dapat dibenarkan, lebih-lebih perkahwinan saudara sekandung atau perkahwinan ayah dan anak perempuan, atau ibu dan anak lelaki; termasuk juga perkahwinan antara datuk atau nenek dengan cucu-cucunya.

Sikap Gereja ini tegas dan tidak dapat diubah meskipun ada budaya yang memungkinkan perkahwinan sedarah (incest) seperti ini dilakukan. Dengan kata lain, Gereja tidak pernah memberikan kemungkinan untuk melangsungkan sebuah perkahwinan yang berhubungan darah satu garis lurus atau dalam garis menyamping tingkat kedua (bdk. KHK kan 1091§4).

Apabila Hukum Gereja telah menyatakan demikian, “Apakah mungkin perkahwinan antara sepupu itu?” Gereja membezakan hukum menjadi dua: hukum Ilahi dan hukum Gereja. Dalam hal perkahwinan antara sepupu, larangan perkahwinan ini merupakan larangan yang dibuat oleh hukum Gereja (otoritas Gerejawi). Maka, sebagaimana prinsip Gereja, hukum yang bukan dari Tuhan atau yang dibuat oleh otoritas Gereja masih boleh mendapatkan dispensasi.

Dengan demikian, perkahwinan antara sepupu masih mungkin dilakukan. Namun, Gereja tidak sembarangan untuk menyatakan perkahwinan antara sepupu itu dapat dilaksanakan. Contoh di Indonesia yang seringkali terjadi adalah dalam budaya Batak. Gereja sangat hati-hati dengan perkahwinan seperti itu. Gereja tetap menyuarakan supaya perkahwinan sedarah tidak dilangsungkan dengan alasan yang telah disebutkan tadi iaitu atas dasar perubatan.

Mereka yang hendak melakukan perkahwinan antara sepupu ini memerlukan dispensasi dari uskup (Ordinaris Wilayah). Ini bermakna bahawa perkahwinan masih boleh dilangsungkan asalkan secara pasti telah dibuktikan tidak ada halangan atau bukan perkahwinan antara saudara kandung.

Meskipun ada kemungkinan antara sepupu masih dilangsungkan, Gereja tetap mengajak agar umat Katolik tidak melakukannya supaya dapat menghindari bentuk-bentuk penyakit yang tidak diinginkan dalam kehidupan anak-anak sebagaimana bukti medik yang telah ditemui. — Fr Yohanes Benny Suwito, hidupkatolik. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments