Apa kaitan iman dan ekologi?

Pertama, Kitab Suci dan Mesias yang sama memang tidak menjamin bahawa akan ada selalu kesamaan dalam hal pengertian, penghayatan, dan ungkapan iman, k

Apr 28, 2017

Soalan: Mengapa Sri Paus sering mengaitkan iman kita dengan ekologi? Bagi saya, saudara-saudari Kristian yang lain tidak seperti Gereja kita yang sering menghubungkan iman dengan ekologi padahal kita menyembah Tuhan yang sama. Bukankah lebih baik menumpukan pada Kitab Suci dan percaya kepada Yesus sahaja? Apakah mengaitkan iman dan ekologi itu mempunyai dasar Kitab Suci? — Theresia Maria Agus

Jawaban: Pertama, Kitab Suci dan Mesias yang sama memang tidak menjamin bahawa akan ada selalu kesamaan dalam hal pengertian, penghayatan, dan ungkapan iman, kerana penafsiran dan penekanan tafsiran boleh berbeza-beza.

Perkara ini biasanya kita lihat ada banyak perbezaan ajaran antara Gereja Katolik dengan Gereja-gereja Kristian lainnya. Bagaimanapun juga, pasti Gereja Katolik mendasarkan ajaran-ajaran daripada Kitab Suci, kerana Kitab Suci adalah jiwa Gereja. Hubungan iman dan ekologi dapat dilihat dalam hubungan manusia dengan alam semesta, baik dalam kisah penciptaan, kejatuhan ke dalam dosa, dan penebusan manusia.

Kedua, hubungan erat antara iman dan ekologi sangat jelas dalam kisah penciptaan. Sebelum menciptakan manusia, Tuhan terlebih dahulu menciptakan alam semesta sebagai tempat tinggal (Kej 2:8,15) “taman” manusia. Tuhan membuat semua itu baik (Kej 1:4,10, 12,18,21,25), bahkan sesudah manusia diciptakan, semua ciptaan itu menjadi sungguh amat baik (Kej 1:31). Kedekatan manusia dengan alam semesta juga nampak daripada kenyataan bahawa manusia diciptakan dari “debu tanah” (Kej 2:7), yang juga merupakan “asal usul” dari segala ciptaan lain.

Tuhan memberikan perintah kepada manusia, “Beranak cuculah dan bertambah banyak, penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi” (Kej 1:28).

Kerana manusia diciptakan sebagai citra Tuhan, maka menaklukkan dan menguasai alam semesta harus dilakukan dengan cara seperti yang dilakukan Tuhan sendiri, ertinya bukan dengan memanipulasi atau mengeksploitasi secara semena-mena, tetapi dengan tetap memelihara keharmonian manusia dengan alam semesta dan kelestarian alam semesta itu sendiri.

Hal ini secara jelas diungkapkan dalam penugasan manusia, “Tuhan mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu” (Kej 2:15).

“Mengusahakan dan memelihara” itu seperti hamba yang melayani secara hati-hati dan penuh perhatian.

Ketiga, Kitab Suci mewahyukan bahawa ketika diciptakan, manusia berada dalam situasi harmonis dengan alam semesta. Keselarasan ini dirosak dosa manusia. Akibat dosa antara lain dilukiskan, wanita akan bersusahpayah waktu mengandung, mengalami kesakitan waktu melahirkan, tanah menjadi terkutuk sehingga manusia harus bersusah-payah mencari makan (Kej 3:16-19).

Dosa menyebabkan hubungan manusia tidak selaras, bukan hanya dengan Tuhan dan sesama manusia, tetapi juga dengan diri sendiri dan alam semesta (bdk. Reconciliatio et Paenitentia, 4,8, 15,26,31).

Keempat, kerosakan rangkap empat oleh dosa mengindikasikan bahawa penebusan Yesus Kristus juga ditujukan untuk memulihkan ketidakselarasan rangkap empat itu.

Berbicara tentang Sakramen Rekonsiliasi, Katekismus 1469 merujuk kepada pendamaian rangkap empat dengan mengutip Ensiklik Reconciliatio et Paenitentia 31, yang berkata, “Pendamaian dengan Tuhan ini seakan-akan mengakibatkan bentuk- bentuk pendamaian lain… didamaikan… dengan diri sendiri,… dengan saudara-saudaranya,… dengan seluruh ciptaan.”

Rasul Paulus menggambarkan situasi alam semesta yang juga menunggu saat kepenuhan penebusan melalui manusia, yang telah “menerima karunia sulung Roh” (Rm 8:22-23). Kepenuhan penebusan akan melingkupi pembaharuan seluruh alam semesta, yang diungkapkan dengan datangnya langit dan bumi yang baru. Jelaslah, bahawa iman tidak dapat dipisahkan dari ekologi.--Fr Petrus Maria Handoko CM, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments