Apabila tua menggantikan kemudaan kita

Pada akhirnya, penuaan adalah hadiah, walaupun tidak diingini. Penuaan membawa kita ke tempat yang lebih mendalam, sama ada kita mahu pergi atau tidak.

Sep 06, 2019

Kita hidup dalam budaya yang mengidolakan kemudaan dan meminggirkan golongan tua. Dan, seperti yang dikatakan oleh James Hillman, orang tua tidak mudah melepaskan takhta atau dorongan yang membawa mereka ke sana. Saya tahu; Saya juga beransur tua.

Dalam sebahagian besar hidup saya, saya dapat memikirkan diri saya sebagai muda. Kerana saya dilahirkan pada akhir tahun, Oktober, saya selalu lebih muda daripada kebanyakan rakan sekelas saya. Ketika saya lulus dari sekolah tinggi pada usia tujuh belas tahun, memasuki seminari pada usia yang masih muda, ditahbis menjadi imam pada usia dua puluh lima tahun, mengambil ijazah lanjutan dalam pada tahun berikutnya dan mengajar teologi siswazah pada usia dua puluh enam, ahli termuda di fakulti. Saya berbangga dengan itu, mencapai perkara-perkara tersebut pada usia muda.

Dan saya selalu memikirkan diri saya sebagai muda, walaupun tahun demi tahun, tubuh saya mula mengkhianati konsep kemudaan saya.

Lebih-lebih lagi, untuk kebanyakan tahun-tahun itu, saya cuba untuk kekal muda dalam jiwa, tinggal di dalam segala yang membentuk budaya muda, termasuk filem, lagu-lagu popularnya, bahasa orang-orang muda. Selama bertahun-tahun dalam seminari dan untuk beberapa tahun selepas pentahbisan, saya terlibat dalam pelayanan belia, membantu mengendalikan retret remaja di pelbagai sekolah tinggi dan kolej.

Pada masa itu, saya dapat menghafal semua lagu, filem, dan trend yang popular, bercakap bahasa orang muda dan saya bangga kerana saya masih muda.

Tetapi alam tidak menawarkan pengecualian. Tiada siapa yang kekal muda selama-lamanya. Selain itu, penuaan biasanya tidak mengumumkan kedatangannya. Kebanyakan kita hampir buta untuk mengenal tanda-tanda penuaan sehinggalah pada suatu hari anda melihat diri anda dalam cermin, melihat foto terbaru anda sendiri, atau mendapat diagnosis dari doktor anda dan tiba-tiba barulah dengan kesedaran yang tidak diingini bahawa anda bukan lagi seorang anak muda.

Itu biasanya datang sebagai kejutan. Penuaan secara umumnya dinafikan, dilawan, dan menerimanya dengan setengah hati, dan dengan kepahitan.

Tetapi hari itu tiba untuk semua orang di mana anda terkejut, terperanjat, bahawa apa yang anda lihat dalam cermin adalah sangat berbeza dari bagaimana anda telah membayangkan diri anda dan anda bertanya pada diri sendiri: “Adakah ini benar-benar saya? Adakah orang tua ini, saya? Adakah ini rupa saya sekarang?”

Lebih-lebih lagi anda mula menyedari bahawa orang muda membentuk lingkaran mereka jauh daripada anda, bahawa mereka lebih berminat dengan golongan mereka sendiri, yang tidak termasuk anda, dan anda kelihatan dungu dan serba tak kena apabila anda cuba berpakaian seperti mereka, dan bercakap seperti mereka, sedangkan anda bukan lagi dalam golongan itu. Suatu hari nanti, akan tiba masanya anda terpaksa menerima bahawa anda tidak lagi muda dalam mata dunia - juga di mata sendiri.

Selain itu graviti tidak hanya mempengaruhi tubuh anda, menarik benda ke bawah, begitu juga untuk jiwa. Ia ditarik ke bawah bersama dengan badan, walaupun penuaan bermakna sesuatu yang sangat berbeza di sini. Jiwa tidak berumur, ia matang. Anda boleh kekal muda dalam jiwa lama selepas badan mengkhianati anda. Sesungguhnya kita dimaksudkan untuk sentiasa muda dalam semangat.

Jiwa membawa kehidupan yang berbeza berbanding dengan apa yang yang dilakukan oleh badan kerana badan dibina untuk akhirnya mati. Di dalam setiap makhluk hidup prinsip kehidupan mempunyai strategi keluar.

Ia tidak mempunyai strategi seperti itu di dalam jiwa, hanya satu strategi untuk memperdalam, bertambah kaya, dan lebih bertekstur. Penuaan memaksa kita, kebanyakannya terhadap kehendak kita, untuk mendengarkan jiwa kita dengan lebih mendalam dan lebih jujur agar dapat menarik diri dari telaga yang lebih dalam dan mula berdamai dengan kerumitan, bayang-bayangnya, dan kecenderungan yang mendalam — dan penuaan badan memainkan peranan utama dalam hal ini.

Memetik metafora yang digunakan oleh James Hillman: Wain yang terbaik ialah wain yang diperap sekian lama dalam tong lama yang retak. Begitu juga bagi jiwa: Proses penuaan dirancang oleh Tuhan dan sudah semula jadi ia akan memberi kuasa kepada jiwa, sama ada mahu atau tidak, untuk menyelidiki lebih dalam misteri kehidupan, masyarakat, Tuhan, dan sendirinya.

Jiwa kita tidak berumur, seperti wain, mereka matang, dan supaya kita sentiasa muda dalam semangat. Semangat kita, keghairahan kita, keinginan kita, kecerdasan kita, kebijakan kita dan humor kita, tidak dimaksudkan untuk tenggelam dengan usia. Sesungguhnya, mereka dimaksudkan untuk menjadi warna jiwa yang matang.

Jadi, pada akhirnya, penuaan adalah hadiah, walaupun tidak diingini. Penuaan membawa kita ke tempat yang lebih mendalam, sama ada kita mahu pergi atau tidak.

Seperti kebanyakan orang lain, saya masih belum membuat perdamaian penuh dengan ini dan masih ingin memikirkan diri saya sebagai muda. Bagaimanapun, saya sangat gembira menyambut ulang tahun ke-70 saya dua tahun lalu, bukan kerana saya gembira untuk menjadi umur itu, tetapi kerana, selepas dua serangan serius dengan kanser sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sangat gembira dapat hidup dan cukup bijak sekarang untuk bersyukur atas penuaan dan diagnosis kanser telah mengajar saya. Terdapat rahsia tertentu yang tersembunyi dari kesihatan, kata John Updike.

Benar. Dan penuaan mengungkap banyak rahsianya seperti kata pepatah Sweden, “petang tahu apa yang pagi tidak pernah sangkakan.” — Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2019

Total Comments:0

Name
Email
Comments