Apakah kesan dosa?

Dosa menghancurkan relasi kita dengan Tuhan, yakni menghancurkan prinsip vital kehidupan kita, iaitu kasih. Seperti 10 perintah Tuhan, dibagi menjadi dua, iaitu kasih kepada Tuhan dalam perintah 1-3, dan kasih kepada sesama dalam perintah 4-10, maka dosa juga mempunyai dua kesan, iaitu: kesan vertikal dan kesan horizontal.

Oct 10, 2014

Dosa menghancurkan relasi kita dengan Tuhan, yakni menghancurkan prinsip vital kehidupan kita, iaitu kasih. Seperti 10 perintah Tuhan, dibagi menjadi dua, iaitu kasih kepada Tuhan dalam perintah 1-3, dan kasih kepada sesama dalam perintah 4-10, maka dosa juga mempunyai dua kesan, iaitu: kesan vertikal dan kesan horizontal.

Kesan vertikal mempengaruhi hubungan kita dengan Tuhan, sedangkan kesan horizontal mempengaruhi hubungan kita dengan sesama. Dapat dikatakan bahawa tidak ada dosa yang bersifat peribadi.

Semua dosa kalau kita telusur akan mempunyai dimensi sosial. Misalnya, seorang ayah yang sering marah-marah di rumah akan mempengaruhi seluruh anggota di rumahnya, menyebabkan isteri dan anakanak ketakutan. Lebih parah sekiranya anak-anak juga membesar menjadi pemarah.

Atau contoh yang lain, iaitu dosa manusia pertama, menghasilkan dosa asal, yang menyebabkan terputusnya persatuan antara manusia dengan Tuhan, dan pada saat yang sama membawa dosa asal bagi seluruh umat manusia (Rom 5:12).

Akibat dari dosa Adam (Kej 3:1- 6), manusia kehilangan (1) rahmat kekudusan, dan (2) empat berkat “preternatural”, yang terdiri dari a) keabadian atau “immortality”, b) tidak adanya penderitaan, c) pengetahuan akan Tuhan atau “infused knowledge”, dan d) berkat keutuhan (integrity), iaitu harmoni dan tunduknya nafsu dan emosi kedagingan (sense appetite) kepada akal budi (reason).

Kerana kehilangan berkat-berkat tersebut, maka manusia mempunyai concupiscense (KGK, 2515) atau "the tinder of sin" (KGK, 1264), atau kecenderungan untuk berbuat dosa[5], di mana manusia harus berjuang terus untuk menundukkan keinginan daging.

St. Paulus menyebutnya sebagai nafsu kedagingan yang berlawanan dengan keinginan Roh (Lih Gal 5:16-17, Gal 5:24; Ef 2:3).

Manusia tidak dapat melawan semuanya ini tanpa berkat dari Tuhan yang memampukan manusia untuk “berkata tidak” terhadap dosa. Kerana dosa pertama dari Adam adalah dosa kesombongan, maka kerendahan hati adalah penawar daripada dosa yang memampukan manusia untuk menerima berkat dari Tuhan secara berlimpah.

Jadi apakah Sakramen Pengakuan Dosa?
Warga Amerika begitu mementingkan kesihatan jasmani. Mereka berdiet, berolahraga secara teratur. Bahkan yang sudah tua juga tidak mahu ketinggalan, mereka aktif berolahraga dengan berenang, jalan kaki, dll.

Semuanya dilakukan dengan teratur, demi satu tujuan, iaitu agar badan mereka sihat, mungkin ada yang mempunyai tujuan lain agar bentuk lahiriah mereka lebih indah. Semua orang begitu peka terhadap kesihatan jasmani dan keindahan tubuh. Namun pertanyaannya adalah mengapa terhadap kesihatan rohani, kita sering kurang peka bahkan sering mengabaikannya?

Mungkin kita akan lebih peka terhadap sesuatu yang dapat kita sentuh dan lihat. Namun kalau kita fikir, kesihatan rohani jauh lebih penting daripada kesihatan jasmani. Ini dapat dibuktikan bahawa Yesus datang ke dunia ini bukan untuk menyembuhkan semua penyakit jasmani, namun Dia datang untuk menyembuhkan penyakit rohani, iaitu dosa. Nah, dosa adalah suatu penyakit yang begitu berbahaya. Salah satu penyembuhannya adalah dengan menerima sakramen pengakuan dosa.

Di dalam Sakramen Pembaptisan, dosa asal dan seluruh dosa yang kita lakukan sebelum kita dibaptis dihapuskan. Namun sebagai manusia, kita dapat jatuh lagi ke dalam dosa setelah pembaptisan, bahkan kita dapat jatuh ke dalam dosa yang berat.

Dosa berat yang kita lakukan setelah Pembaptisan hanya dapat diampuni dengan menerima Sakramen Tobat (KGK, 1423) atau Sakramen Pengakuan Dosa (KGK, 1424), atau Sakramen Pengampunan Dosa (KGK, 1424).

Di dalam Sakramen inilah, kita juga bertemu dengan Doktor dari segala doktor, iaitu Yesus sendiri yang hadir di dalam diri imam/pastor. Untuk bertemu dengan Yesus di dalam Sakramen Pengampunan, diperlukan kerendahan hati dan penyesalan, sehingga Yesus sendiri akan memulihkan dan menyembuhkan hati kita. -- Katolisitas

Total Comments:0

Name
Email
Comments