Badan antarabangsa baru untuk pembaharuan karismatik Katolik

Badan antarabangsa baru untuk pembaharuan karismatik Katolik

Nov 09, 2018

KOTA VATIKAN: Dua badan antarabangsa yang menyokong dan menyelaras aktiviti-aktiviti Katolik Karismatik akan digabungkan. “Charis” akan mengambil alih peranan yang dipegang oleh Pelayanan Pembaharuan Karismatik Katolik serta Majlis dan Komuniti-komuniti Kovenan Karismatik Katolik, demikian laporan dari Vatikan pada 31 Okt.

Dikasteri untuk Kaum Awam, Keluarga dan Hidup, yang menaungi organisasi Katolik awam mengatakan Charis akan mula beroperasi pada 8 Disember.

Dua organisasi sebelum ini akan dibubarkan pada 9 Jun 2019, perayaan Pentakosta.

Sebagai sebuah badan yang melayani segala realiti pembaharuan Karismatik Katolik, Charis tidak akan menguasai mana-mana realiti ini.

Setiap realiti karismatik akan tetap sama seperti sebelumnya, dihormati sepenuhnya seperti identiti sebelumnya dan di bawah jurisdiksi kewibawaan kegerejaan yang kini menaunginya.

Penasihat baru bagi organisasi ini ialah Friar Kapusin, Father Raniero Cantalamessa OFM. Cap, seorang pengkhutbah kepausan. Jean Luc Moens, seorang ketua Komuniti Emmanuel di Belgium akan menjadi moderator bagi Charis. — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments