Bagaimana mengekalkan persahabatan?

Saya dibesarkan dalam keluarga yang akrab dan salah satu perkara paling sukar yang pernah saya lakukan ialah meninggalkan rumah dan keluarga pada usia tujuh belas tahun untuk memasuki novisiat Missionary Oblates of Mary Immaculate.

May 30, 2020

Saya dibesarkan dalam keluarga yang akrab dan salah satu perkara paling sukar yang pernah saya lakukan ialah meninggalkan rumah dan keluarga pada usia tujuh belas tahun untuk memasuki novisiat Missionary Oblates of Mary Immaculate.

Mengharungi tahun sebagai novis di novisiat amatlah sukar. Saya sangat merindui keluarga saya dan terus berhubung dengan mereka selagi peraturan dan komunikasi pada ketika itu membenarkan.  Saya menulis surat kepada keluarga setiap minggu dan ibu saya membalasnya dengan setia. Saya masih menyimpan dan menghargai surat-surat itu. Saya telah meninggalkan rumah tetapi tetap berhubung, betapa setianya saya dengan keluarga saya.

Tetapi kehidupan saya menjadi jauh lebih kompleks dan menuntut sosial selepas itu. Saya berpindah ke sebuah seminari dan mula tinggal di sebuah komuniti dengan enam puluh orang yang lain.

Dengan anggota komuniti yang keluar, masuk  sepanjang tujuh tahun saya di sana sehingga pada masa saya menamatkan latihan seminari, saya kemudiannya tinggal di komuniti terdekat dengan lebih 100 orang pemuda pelbagai ragam.

Pengalaman itu membawa cabaran tersendiri. rang yang anda kenali akan meninggalkan komuniti, digantikan dengan orang lain sehingga setiap tahun ada sahaja ahli baru dalam komuniti dan per sahabatan baru.

Pada tahun-tahun selepas seminari, corak itu mula berkembang dengan pesat. Pengajian siswazah membawa saya ke negara lain dan membawa serangkaian orang baru ke dalam hidup saya, yang kebanyakannya menjadi kawan rapat. Selama lebih dari empat puluh tahun mengajar, saya telah bertemu dengan beberapa ribu pelajar dan ramai di antaranya menjadi sahabat saya.

Penulisan dan ceramah umum telah membawa ribuan orang ke dalam hidup saya. Walaupun sebahagian besar daripada mereka memasuki kehidupan saya tanpa hubungan yang bermakna, tetapi ada yang menjadi rakan akrab seumur hidup.

Saya berkongsi ini bukan kerana saya rasa ia unik, tetapi kerana ia begitu istimewa.  Apa yang terjadi hari ini, dibentuk oleh masa lalu. Semakin ramai orang yang singgah dalam hidup kita sehingga pada suatu ketika persoalan pasti timbul: bagaimana seseorang tetap setia dengan keluarganya, dengan rakan lama, bekas jiran, bekas rakan sekelas, bekas pelajar, bekas rakan sekerja, dan kenalan lama? Apa yang dituntut oleh kesetiaan terhadap mereka? Adakah dengan melawat mereka sekalisekala? E-mel, mesej, panggilan sekali-sekala? Adakah dengan mengingati hari jadi dan ulang tahun? Perhimpunan kelas? Menghadiri majlis perkahwinan  dan pengebumian?

Tentunya melakukan ini adalah baik, walaupun ia memerlukan usaha sepenuh masa. Sesuatu yang lain turut diminta daripada kita iaitu kesetiaan yang tidak bergantung pada e-mel, pesanan teks, panggilan, dan lawatan sesekali. Tetapi apa yang lebih bermakna dalam hubungan sesama manusia? Apa yang lebih nyata dari itu?

Jawapannya adalah kesetiaan, kesetiaan sebagai pemberian jiwa moral bersama, kesetiaan sebagai hadiah kepercayaan,  kesetiaan sebagai tanda kesetiaan kepada siapa diri anda ketika anda berada dalam komuniti manusia yang nyata dan hubungan dengan orang-orang yang bukan lagi berada dalam hidup harian anda. Itulah maksudnya setia.

Sangat menarik bagaimana kitab suci Kristian mendefinisikan komuniti dan kesetiaan. Dalam  Kisah Para Rasul kita membaca bahawa sebelum Pentakosta mereka yang berada dalam komuniti Kristian pertama semuanya "berkumpul di satu ruangan".

Dan di sini, walaupun secara fizikal bersama, ironinya mereka tidak berada dalam komuniti yang nyata antara satu sama lain, mereka juga bukanlah sebuah keluarga, dan tidak benar-benar setia antara sesama. Kemudian setelah menerima Roh Kudus, mereka benarbenar keluar dari  ruangan itu dan tersebar ke seluruh bumi sehingga ramai daripada mereka tidak lagi bersua satu sama lain, terpisah secara geografi dan jarak, tetapi ironinya mereka menjadi keluarga sebenar, menjadi komuniti sejati, dan hidup dalam kesetiaan antara satu sama lain.

Sesungguhnya, kesetiaan bukan mengenai kekerapan anda berhubung secara fizikal dengan seseorang tetapi tentang hidup dalam semangat bersama. Pengkhianatan bukanlah kerana terpisah dengan jarak jauh tetapi apabila melupakan ulang tahun atau hari jadi atau tidak dapat terus berhubungan dengan seseorang yang anda sayangi.

Pengkhianatan menjauhi kebenaran dan kebajikan yang pernah anda kongsi dengan orang yang anda sayangi. Pengkhianatan adalah perubahan jiwa. Kita tidak setia kepada keluarga dan rakan serta kita mengkhianati ketika kita menjadi orang yang berbeza dari segi moral  sehingga tidak lagi dapat berkongsi semangat bersama dengan mereka.

Anda boleh tinggal di rumah yang sama dengan seseorang, berkongsi makanan dan perbualan setiap hari dengannya, tetapi bukan menjadi ahli keluarga atau rakan yang setia; sama seperti anda boleh menjadi rakan atau ahli keluarga yang setia walaupun tidak bertemu dengan rakan atau ahli keluarga itu selama empat puluh tahun.

Setia dalam mengingati ulang tahun adalah indah, tetapi kesetiaan lebih kepada mengingati siapa anda ketika kelahiran itu begitu istimewa bagi anda. Kesetiaan adalah mengenai menjaga pertalian moral.

Seboleh-bolehnya saya berusaha untuk terus berhubung dengan keluarga, rakan lama, bekas jiran, bekas rakan sekelas, bekas pelajar, bekas rakan sekerja, dan kenalan lama.

Namun ada kalanya ia sukar dilakukan. Oleh itu, saya mempercayai kesetiaan moral. Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengikat diri saya untuk mengekalkan jiwa saya ketika saya meninggalkan rumah sebagai anak muda dan yang telah membentuk semangat dan karakter saya ketika saya bertemu dengan semua orang yang hebat sepanjang perjalanan. -- Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2020

Total Comments:0

Name
Email
Comments