Bantu migran dan pelarian: Kewajiban moral Kristian

Orang Kristian mempunyai kewajiban moral untuk memperlihatkan bahawa Tuhan menjaga semua orang yang terpinggir, khususnya para pendatang dan pelarian, kata Sri Paus Fransiskus.

Oct 05, 2019

VATIKAN: Orang Kristian mempunyai kewajiban moral untuk memperlihatkan bahawa Tuhan menjaga semua orang yang terpinggir, khususnya para pendatang dan pelarian, kata Sri Paus Fransiskus.

“Pelayanan dan penjagaan kasih bagi yang kurang bernasib baik ini digambarkan sebagai ciri khas Tuhan kepada umat Israel, maka kita juga diminta melakukan hal yang sama sebagai kewajiban moral, terhadap semua orang, lebih-lebih lagi yang memerlukan,” kata Sri Paus dalam homilinya pada 29 September semasa Perayaan Ekaristi sempena Hari Migran dan Pelarian Sedunia ke-105.

Seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak- kanak memenuhi Dataran Sto Petrus. Dataran itu berge- ma bunyi-bunyi pujian yang merdu di udara. 

Menurut Vatikan, para penyanyi paduan suara pada Misa itu berasal dari Romania, Conga, Mexico, Sri Lanka, Indonesia, India, Peru dan Itali. 

Paduan suara itu bukan satu-satunya aspek yang ada pada perayaan liturgi dalam sambutan Perayaan Migran dan Pelarian Sedunia. 

Menurut Seksyen Migran dan Pelarian Vatikan, dupa yang digunakan pada Misa itu didatangkan dari kem pelarian Bokolmanyo, selatan Ethiopia, di mana pelarian memulakan semula tradisi menggumpul dupa berkualiti tinggi.

Selepas Misa, Sri Paus Fransiskus membuka tabir sebuah patung besar tembaga “Angels Unawares” di Dataran Sto Petrus.

Patung setinggi 20 kaki itu diinspirasikan dari Ibrani 13:2 “Jangan kamu lupa memberi tumpangan kepada orang,  sebab dengan berbuat demikian beberapa orang dengan tidak diketahuinya telah menjamu malaikat- malaikat.”

Patung itu direka dan diukir oleh seorang artis Kanada, Timothy Schmalz. Ukiran itu menggambarkan sekumpu- lan migran dan pelarian dalam sebuah bot. Di kalangan kumpulan tersebut, dapat dilihat sepasang sayap malaikat yang memberi tanda, “Yang Kudus selalu bersama den- gan migran dan pelarian.” Patung akan diperagakan di Dataran Sto Petrus untuk masa yang belum ditentukan.

Dalam homilinya, Bapa Suci bermula dengan memberi renungan tentang tema perayaan sejagat itu, “Bukan hanya mengenai migran” serta menekankan bahawa Tuhan menyeru umat Kristian untuk menja- ga semua orang itu para mangsa “budaya pakai-buang.”

“Tuhan memanggil kita untuk mempraktikkan amal kasih terhadap mereka. Dia memanggil kita untuk memulihkan semula martabat dan kemanusiaan mereka, dan juga kita sendiri, dan ini melibatkan semua orang, tidak ada yang ditinggalkan,” tegas Sangti Papa.

Walau bagaimanapun, menjaga dan prihatin terhadap para migran serta pelarian juga merupakan undangan untuk mengambil tahu tentang  keti- dakadilan yang terjadi di dunia di mana mereka “yang selalu terjadi pada anak-anak kecil, golongan miskin, kumpulan paling lemah.”

Prelatus itu  memberi contoh konkrit mengenai bagaimana “sum- ber negara-negara membangun terus diperas kepentingan beberapa pasaran dan bagaimana peperangan hanya memberi pulangan kepada beberapa pihak di sesetengah negara dunia, namun senjata perang dihasilkan dan dijual di kawasan- kawasan lain yang kemudiannya, tidak mahu menerima pelarian yang dijana akibat konflik ini.”

Dalam Pembacaan Pertama, Nabi Amos memberi amaran kepada mere- ka yang mencari kesenangan tanpa risau tentang kehancuran umat Tuhan. Sri Paus berkata amaran-ama- ran ini tepat terjadi 28 kurun kemudi- an. Pada hari ini, “budaya selesa menjadikan kita hanya berfikir ten- tang diri sendiri.”

“Kita menjadi tidak sensitif dan acuh tak acuh. Sangat risau dan mementingkan kesejahteraan diri, serta berisiko menjadi buta kepada saudara-saudara kita yang dalam kesukaran.”

Sebagai orang Kristian, “kita tidak boleh acuh tak acuh kepada tragedi bentuk kemiskinan lama dan baru. Kita tidak boleh acuh tak acuh ter- hadap kesengsaraan ramai orang yang tidak bersalah. Kita tidak boleh gagal untuk menangis dan paling penting, kita tidak boleh gagal bertin- dak balas,” ujar Fransiskus.

Perintah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama kita “tidak boleh dipisahkan ... Mencintai sesama bermaksud komitmen tegas untuk membina dunia yang lebih adil, di mana setiap orang mempun- yai hak mengakses kepada barang dan sumber bumi,  di mana semua orang dapat bertumbuh sebagai indi- vidu dan sebagai keluarga, dan di mana hak dan martabat asas dijamin untuk semua.”

Mengasihi sesama kita bermaksud “merasai kesengsaraan untuk pender- itaan saudara-saudara kita, mendekati mereka,” kata Sri Paus. Ini bermak- sud “menjadi jiran kepada semua orang yang dianiaya dan ditinggalkan di jalanan di dunia kita, merawat luka mereka dan membawa mereka ke tempat perlindungan terdekat, di mana keperluan mereka dapat dipenuhi.” —CNS/ICN

Total Comments:0

Name
Email
Comments