Bapa di Syurga melihat segala perbuatan tersembunyi kita

“Apa yang tangan kiri buat harus tidak diketahui oleh tangan kanan mu. Jadi bila kita berpuasa maka harus sentiasa ceria, kalau berdoa tidak harus m e n u n j u k - n u n j u k , ” demikian kata Fr Sunny Chung semasa memimpin Misa Kudus sempena Hari Rabu Abu di Gereja St Mark, pada Mac 5 lalu.

Mar 14, 2014

SANDAKAN: “Apa yang tangan kiri buat harus tidak diketahui oleh tangan kanan mu. Jadi bila kita berpuasa maka harus sentiasa ceria, kalau berdoa tidak harus m e n u n j u k - n u n j u k , ” demikian kata Fr Sunny Chung semasa memimpin Misa Kudus sempena Hari Rabu Abu di Gereja St Mark, pada Mac 5 lalu.

Ratusan umat Katolik membanjiri Gereja St. Mark bagi menerima Abu yang melambangkan pertaubatan dan bermulanya masa Pra- Paskah mengikut kalender Liturgi Gereja Katolik.

Bacaan pertama dipetik dari Kitab Yoel, “Koyakkanlah hati mu dan janganlah pakaian mu” diwartakan oleh Sdr Richard Majapun. Manakala bacaan kedua yang dipetik dari Surat Kedua Rasul Paulus kepada jemaat di Korintus disampaikan oleh Sdr Benly Tuzan.

Fr Sunny di dalam homilinya, menghimbau umat beriman bagi mempraktikkan tiga rukun iman yang sudah menjadi tradisi sepanjang musim Pra- Paskah iaitu b e r p a n t a n g / b e r p u a s a , berdoa dan bersedekah.

Katanya, musim Pra- Paskah adalah kesempatan bagi semua umat Katolik untuk turut serta dalam kesengsaraan dan pengorbanan Yesus serta berusaha mencantas segala sikap yang bertentangan dengan ajaran Yesus serta Gereja.

“Harungi masa Pra- Paskah ini dengan melebihkan doa, prihatin kepada mereka yang susah, berpuasa dan bermurah hati kerana di penghujung musim Pra-Paskah, kita akan merayakan kebangkitan Yesus yang mengalahkan kuasa kejahatan serta menebus dosa umat manusia.”

Fr Sunny seterusnya menerangkan bahawa penandaan Abu mengingatkan bahawa manusia diciptakan dari debu tanah ( Kej 2:7), dan suatu saat nanti kita akan mati dan kembali menjadi debu. -- Pilis Malim

Total Comments:0

Name
Email
Comments