Bapa sibuk bisnes, ibu sibuk di Gereja

Ibu saya aktif di gereja, sedangkan bapa amat sibuk mengurus perniagaannya. Bapa sering menegur ibu kerana banyak menghabiskan waktu untuk urusan gereja.

Oct 02, 2020

Soalan: Ibu saya aktif di gereja, sedangkan bapa amat sibuk mengurus perniagaannya. Bapa sering menegur ibu kerana banyak menghabiskan waktu untuk urusan gereja. Sebaliknya, ibu juga kerap marah kepada bapa kerana jarang ke gereja. Situasi ini membuat saya tidak tenang kerana sering mendengar ibu dan bapa bertengkar. Apa yang harus saya lakukan agar ibu bapa saya saling menghormati dan menyokong setiap aktiviti mereka? Terima kasih.— Daisy

Jawaban: Hai Daisy, saya ingin memberi gambaran tentang beberapa “tugas” kita sebagai anggota sebuah komuniti atau masyarakat.

Ada be–berapa tugas yang perlu kita ketahui dan penuhi, agar kita dapat menjadi anggota dan diterima oleh jaringan masyarakat. Apabila kita menjalankan tugas dan peranan dalam keluarga dan masyarakat secara seimbang, semuanya akan selaras dan membawa kebahagiaan dalam hidup.

Secara tidak langsung, peranan kita dalam keluarga juga memberi tugas dalam kehidupan. Peranan sebagai “bapa” yang biasa dianggap sebagai “kepala keluarga”, mempunyai tugas sebagai pencari nafkah yang utama. Oleh itu, bapa harus bekerja mencari nafkah bagi keluarganya. Jadi, seorang bapa akan menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk fokus bekerja. Selain itu, tugas penting lain sebagai kepala kelu arga adalah memimpin keluarga. Dia yang menentukan, akan “dibawa ke mana” atau “menjadi seperti apa” keluarganya. Maka, keutamaannya adalah bekerja dan memimpin keluarga.  

Peranan ibu tentu mempunyai tugas yang berbeza dengan bapa. Tugas utama ibu adalah mendampingi dan membantu bapa, menguruskan  keluarga. Dia yang mengatur segala urusan dalam menjalankan rumah tangga. Ibu yang mengatur kewangan, menu makan sehari-hari, bahkan kadang juga menentukan dress code (tata busana) yang dikenakan anggota keluarganya.

Manakala tugas utama anak-anak adalah mempersiapkan diri menjadi penerus keluarga dengan membentuk keluarga baharu nantinya. Maka, seorang anak harus banyak belajar, mempersiapkan diri untuk menjadi ayah atau ibu.

Selain tugas-tugas domestik itu, para anggota keluarga juga mempunyai tugas awam, iaitu terlibat dalam kegiatan komuniti di sekitar.

Sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai Rukun Negara, kita tentu harus hidup berlandaskan pada prinsip-prinsipnya. Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada tuha. Oleh itu kita harus memelihara hidup berketuhanan dengan tidak hanya beribadat, tapi juga mengikuti kegiatan keagamaan lain, seperti pendalaman Kitab Suci, berdoa bersama dalam komuniti dan lain-lain.

Tugas awam lain adalah terlibat di lingkungan  tempat tinggal seperti mengikuti kerja bakti,  pertemuan warga, dan sebagainya.

Agar dapat hidup secara harmoni, tugas domestik dan awam harus dilaksanakan seimbang. Idealnya semua anggota keluarga dapat memenuhi semua tugas itu, tetapi tidak semua keluarga dapat memenuhi yang ideal tersebut.

Apabila waktu bapa sebahagian besarnya habis menjalankan tugas domestik, sementara ibu atau anak-anak mempunyai lebih banyak waktu luang, maka ibu atau anak-anak dapat menjadi “duta” bagi keluarga tersebut dalam kegiatan awam di gereja atau di lingkungan, untuk menggantikan tugas bapa. Apabila ibu sedang disibukkan oleh tugas awamnya, maka anak dapat menjalankan tugas domestik ibu, supaya “urusan dalam negeri” tidak terbengkalai.

Ini penting, pembahagian tugas domestik dan awam itu harus sepakat dalam seluruh anggota keluarga. Hal ini juga untuk menjaga keseimbangan dalam keluarga itu sendiri, mahupun keluarga sebagai sebahagian dari masyarakat.

Jangan sampai, semua anggota keluarga terfokus pada tugas domestik, sehingga tugas awam diabaikan atau sebaliknya.

Oleh itu, komunikasi dalam keluarga menjadi kunci penting dalam pembahagian dan pelaksanaan tugas-tugas tersebut. — George Hardjanta Pensyarah Psikologi Unika Soegijapranata, Semarang

Total Comments:0

Name
Email
Comments