Bapa Suci lancar aplikasi telefon pintar ‘click to pray’

Bapa Suci lancar aplikasi telefon pintar ‘click to pray’

Jan 25, 2019

KOTA VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah melancarkan sebuah aplikasi “Click To Pray” yang dapat menghubungkan seluruh penganut Katolik ke sebuah jaringan global untuk berkongsi intensi doa melalui telefon pintar masing-masing.

Bapa Suci membuka aplikasi telefon pintar baru tersebut semasa memimpin doa Angelus pada 20 Januari demi menggalakkan kaum muda Katolik khususnya, untuk berdoa “Rosario Perdamaian” sebelum WYD.

“Click to Pray” membolehkan para pengguna untuk memuat turun intensi doa dan melihat permohonan doa orang lain dalam enam bahasa. Selepas memuat turun doa ke jaringan global, pengguna boleh mengesan berapa ramai Katolik di seluruh dunia yang telah mendoakan permohonan itu.

Android dan aplikasi iOS turut memasukkan doa intensi bulanan Sri Paus, semua misterium rosario, doa-doa harian waktu pagi, tengah hari dan malam. Dalam setiap seksyen, pengguna boleh klik dalam sebuah kotak yang menandakan mereka telah menghabiskan doa dan melihat bilangan mereka yang turut sama berdoa. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments