Belia Indonesia beri teladan hidup gembira di tengah kemajmukan agama

Belia Indonesia beri teladan hidup gembira di tengah kemajmukan agama

Nov 09, 2018

SEMARANG, Indonesia: “Kami, kaum muda Indonesia, pelbagai kepercayaan dan agama, melihat kemajmukan sebagai realiti yang kami terima dengan gembira dan siap menanggungnya; Kami, kaum muda Indonesia, pelbagai kepercayaan dan agama, bersepakat bahawa Indonesia adalah rumah bagi semua dan siap mewujudkannya; Kami, kaum muda Indonesia, pelbagai kepercayaan dan agama, adalah jalinan sahabat bagi sesama dan siap menghidupinya!”

Kesepakatan dengan tema “Langkah Pemuda” itu diserukan pada akhir Puncak Srawung ( P e r h i m p u n a n ) Persaudaraan Sejati Orang Muda Antara Agama Keuskupan Agung Semarang (KAS) pada 26- 28 Oktober di UTC Semarang.

Lebih 1000 orang muda antara agama dengan komposisi 50 peratus belia Katolik dan 50 peratus orang muda antara agama (Kristian, Islam, Hindu, Buddha dan Konfusius) dari daerah Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta hadir.

Dalam ucapan penutupan, Uskup Agung Semarang, Msgr Robertus Rubiyatmoko mengungkapkan kegembiraan, kerana orang muda dari pelbagai latar belakang agama dan kepercayaan dan daerah dapat berkumpul dalam kegembiraan, merayakan kemajmukan dan meneguhkan persatuan Indonesia.

Melihat wujudnya suasana kekerabatan dan kekeluargaan yang penuh suka cita, Msgr Rubi berharap agar apa yang dialami oleh para peserta dapat diteruskan di tengah- tengah kehidupan bersama masyarakat di wilayah masing masing, agar persatuan menjadi nyata dan mengekalkan toleransi dalam komuniti majmuk sehingga mampu menjalin persaudaraan, mencipta harmoni selaku satu bangsa.

Menegaskan bahawa jejaring penting dirawat untuk menyebarkan khabar baik, para pemuda diingatkan bahawa rintangan dapat diatasi jika mereka mampu bersinergi dan melakukan hal-hal konkrit untuk kehidupan bersama. “Orang muda memiliki peranan yang sangat luar biasa, orang muda adalah kunci utama kerana daya kritis dan keberanian mereka untuk melangkah. Orang muda harus diberi kesempatan untuk mewujudkan citacita mulia,” tegas uskup agung itu.

Dalam sidang akhbar selepas acara penutupan, beberapa orang peserta mengungkapkan perasaan mereka.

Gita dari SMA Van Lith Muntilan sangat bersyukur dan senang kerana dapat berjumpa dengan temanteman muda dan saudarasaudari dari pelbagai iman.

Muhammad Rizal, dari Gusdurian Magelang berasa bangga sebagai orang muda Indonesia kerana dapat merasakan kesetaraan, tidak ada majoriti dan minoriti.

Manakala Evi dari Semarang bersyukur kerana mengalami ramai rakan baru dan pengalaman menarik.

Srawung tiga hari itu diisi dengan model ekspresi Seni dan Budaya, Edukasi (workshop), Sharing dan Diskusi serta Selebrasi Multikultur. Dalam tiga hari itu, juga dilaksanakan Forum Muda Bercerita, Pemantik Mimpi, Workshop, Forum Penegasan Komitmen dan Rencana Tindak Lanjut.

Sendratari telah mewarnai upacara pembukaan pada hari pertama manakala pada hari kedua diisi dengan festival dolanan kanak-kanak dan kebudayaan serta sendratari berjudul Klawung yang dimainkan oleh FKT Kulon Progo pada hari ketiga. Puncak Srawung itu ditempatkan pula dalam rangka 90 Peringatan Hari Soempah Pemoeda. Maka, pada 28 Oktober dilaksanakan Langkah Pemuda berupa deklarasi dan tekad kerja sama pasca-Srawung di empat kota atau wilayah iaitu Semarang, Surakarta, Yogyakarta dan Kedu- Magelang). — Pen@Katolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments