Belia keluar zon selesa sertai kembara mission ke pedalaman

Pada 4 hingga 10 Disember 2017 yang lalu, Keuskupan Melaka-Johor dengan kerjasama ahli CF FIRE dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru telah melaksanakan program mission trip yang diketuai oleh Daryl Tan dan Hemeliza Lasayung.

Jan 12, 2018

PENSIANGAN, Sabah : Pada 4 hingga 10 Disember 2017 yang lalu, Keuskupan Melaka-Johor dengan kerjasama ahli CF FIRE dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru telah melaksanakan program mission trip yang diketuai oleh Daryl Tan dan Hemeliza Lasayung.

Selain Campus Ministry Officer MJD iaitu Sdra Daryl Tan, seramai lapan orang lagi telah menyertai mission trip itu: lima daripadanya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor, seorang dari KSKB Johor, seorang guru sekolah dan Ketua PelayananKampus Keuskupan Keningau, Sdra Roney Eming.

Program kembara mission ini merupakan program yang kedua kalinya diadakan oleh IPGKTI. Pertama kali ia telah diadakan di Kota Belud, Sabah.

Kali ini, program kembara mission jauh berbeza kerana para missionari telah menyahut cabaran untuk menjangkau umat di Pensiangan yang terletak di bahagian pendalaman Sabah, sebuah kawasan yang tidak mendapat rangkaian telefon dan elektrik, jalan raya yang belum berturap, namun keadaan yang serba kekurangan itu tidak dirasai oleh para missionari.

Bagi mereka, bertemu, berbual dan bermesra dengan para penduduk kampung telah membawa seribu erti kenangan, pengalaman dan ilmu selama seminggu program ini dijalankan di kawasan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh para misionari bersama penduduk kampung ialah aktiviti suai kenal yang terdiri daripada kanakkanak, belia dan ibu bapa, memberi motivasi bertema “I am special” kepada para penduduk untuk menyedarkan mereka betapa istimewanya peribadi mereka, berkongsi pengetahuan tentang kelahiran Yesus ke dunia dan banyak lagi.

Aktiviti-aktiviti ini amat berlangsung dengan santai, meneguhkan lagi semangat solidariti dan kemesraan serta kesan yang positif kepada penduduk kampung . Selain itu, para missionari juga membantu mereka dalam aktiviti mencangkul dan meratakan tanah untuk memudahkan pembinaan tadika di tempat itu.

Salah seorang missionari bertanya kepada salah seorang belia pedalaman di mana soalan itu berbunyi, “Apakah perkara atau benda yang kamu rasa kurang di tempat ini". Belia itu menjawab, “Bolehkah kalau saya jawab “tidak ada yang kurang” kerana kami merasa semuanya lengkap dan tiada yang kurang".

Jawaban belia ini menyentuh hati pada missionari kerana meskipun hidup dalam serba kekurangan namun beliau sentiasa mensyukuri atas kehidupan, cuba untuk menghadapi kehidupan dengan iman dan cinta kasih.

Selain itu, secara tidak langsung, kembara mission ini juga memberi pendedahan serta persiapan awal kepada para missionari yang terdiri daripada bakal guru dan jururawat sekiranya mereka dihantar bertugas ke kawasan pedalaman kelak, selepas pengajian mereka.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung mahupun tidak langsung, mereka yang telah memberi sumbangan, sokongan dan bantuan kepada para misionari sehingga mereka berjaya menyelesaikan mission penginjilan mereka selama seminggu di kawasan Pensiangan.

Para peserta yang menyertai kembara mission ini berharap agar program ini diteruskan dan menjadi satu cabaran kepada para belia untuk keluar dari zon selesa, menjejakkan kaki ke tempat yang belum pernah dilawati sebelum ini untuk berkongsi Khabar Gembira Tuhan.--Hemeliza Lasayung

Total Comments:0

Name
Email
Comments