Belia santai bersama Uskup Agung Julian Leow

"Dunia yang lebih baik dapat dibina berdasarkan buahbuah usaha anda, berdasarkan keinginan anda untuk mengubah dunia dan berdasarkan kemurahan hati kalian. Jangan takut untuk mendengar roh yang mencadangkan pilihan-pilihan berani. Jangan bertangguh apabila naluri anda meminta anda untuk mengambil risiko mengikut Tuan kita" — Sri Paus Fransiskus dalam perutusannya kepada kaum muda, 13 Januari 2017.

Jun 16, 2017

KAJANG: "Dunia yang lebih baik dapat dibina berdasarkan buahbuah usaha anda, berdasarkan keinginan anda untuk mengubah dunia dan berdasarkan kemurahan hati kalian. Jangan takut untuk mendengar roh yang mencadangkan pilihan-pilihan berani. Jangan bertangguh apabila naluri anda meminta anda untuk mengambil risiko mengikut Tuan kita" — Sri Paus Fransiskus dalam perutusannya kepada kaum muda, 13 Januari 2017.

Zaman ini belia semakin dipengaruhi oleh pelbagai gejala sosial yang kian mencabar mereka dalam kehidupan seharian. Bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi belia masa kini, Gereja mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasi cabaran anakanak muda.

Dalam merealisasikan matlamat dan hala tuju Keuskupan Agung Kuala Lumpur dalam konteks belia, pada 20 Mei 2017, Pejabat Belia Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menganjurkan program "Santai Bersama AB Julian" dengan mengambil tema "Kerana Tuhan Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya (Luk 1:49)". Program ini diadakan di Dewan Paroki Holy Family, Kajang.

Matlamat program ini adalah agar para belia dapat berinteraksi dan beramah mesra dengan gembala seterusnya mereka boleh menyuarakan pendapat dan menghadapi cabaran mereka. Ia disertai oleh kaum muda dari pelbagai Paroki sekitar Keuskupan Agung KL.

Pelbagai sesi telah diadakan pada hari itu, antaranya, pameran, sesi suai kenal, pujian dan penyembahan, pengenalan Asian Youth Day, pengenalan tentang Sinode para Uskup yang akan memfokuskan kaum muda pada tahun 2018 bertema: “Iman dan Penghayatan Panggilan" dan sesi soal jawab bersama AB Julian. Rangkaian webinar telah memberi peluang kepada belia dari Catholic Mission Kuala Terengganu turut serta dalam sesi soal jawab bersama Ab Julian.

"Santai Bersama AB memberikan para belia suatu tempat yang istimewa dalam perjalanan iman Keuskupan Agung. Ini dapat meyakinkan para belia yang berasa diri mereka terpinggir atau terabai. Apa yang menarik adalah Uskup Agung sendiri meluangkan masa bersama belia, menjawab pelbagai persoalan belia dan berkongsi kesepakatan dengan para belia. Kehadiran Bapa Uskup amat penting dalam mencorak masa depan para belia yang seringkali diancam oleh pelbagai arus keruntuhan akhlak dan "isme". Saya sangat gembira kerana kami di Terengganu juga dapat ikut serta melalui rangkaian webinar. Tahniah kepada ASAYO dan semoga program seperti ini dapat membangkitkan semangat melayani dalam gereja" kata seorang pekerja belia Raven Ray dari Catholic Mission Kuala Terengganu yang memberikan komentar tentang kepentingan kesatuan antara gembala dan domba berjalan bersama dalam mengatasi cabaran dunia.

Adalah penting seorang gembala mengambil masa dan ruang bersama dengan belia agar suara hati mereka dapat didengar. Ini adalah kerana belia masa kini semakin dicabar dengan arus kemodenan.

Dengan adanya panduan Sinode para Uskup untuk Orang Muda: Penghayatan panggilan, Bapa Suci mengatakan bahawa “Para belia mempunyai posisi yang penting dalam menyuarakan pendapat kepada gereja dan dunia suatu harapan, impian, visi dan cabaran mereka.”

Dalam pada itu, Uskup Agung Julian Leow mengatakan, “Choose that person for the right reason, don't choose person the wrong.” Prelatus itu menambah lagi, “ Dalam perjanjian lama Yahweh adalah panggilan nama Tuhan, tetapi dalam era ini hanya meminta Yahoo untuk mengetahui tentang segala maklumat terkini" dalam nada bergurau seraya mengingatkan para belia agar mengambil langkah untuk memahami iman yang dipercayai dengan lebih mendalam.

Selanjutnya Uskup agung juga mengatakan “Young people need to know how to discern and learn the tools of discernment”

Jacinta Claire Fernandez dalam sesi penjelasan tentang Sinode para Uskup untuk Belia, Iman dan Penghayatan panggilan, menyatakan bahawa “Sinode para Uskup dengan fokus terhadap kaum muda adalah panggilan kepada para belia untuk bersikap terbuka dan jujur, Gereja ingin mendengar luahan hati para belia dan ini merupakan tanggungjawab mereka untuk menyahut panggilan tersebut.”

Direktur Pejabat Belia Keuskupan Kuala Lumpur, Fr. Gregory Chan dalam ucapannya berkata, “Saya sangat mengalualukan kedatangan anak-anak muda yang datang ke program Santai Bersama AB Julian dan mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana terlaksananya program tersebut. Sesi diakhiri dengan doa penutup dan berkat oleh Uskup Agung Julian Leow

Total Comments:0

Name
Email
Comments