“Berdiri dan bersuara”... Fr O.C. Lim SJ dalam kenangan

Kongregasi Serikat Yesus (Yesuit)dan umat di Keuskupan Agung Kuala Lumpur berdukacita dengan pemergian Father Anthony Lim Ooi Chai, yang lebih dikenali sebagai Fr O.C. Lim, pada 5 Jun 2020 di Pusat Perubatan Pantai. Mendiang berusia 77 tahun.

Jun 12, 2020

Kongregasi Serikat Yesus (Yesuit)dan umat di Keuskupan Agung Kuala Lumpur berdukacita dengan pemergian Father Anthony Lim Ooi Chai, yang lebih dikenali sebagai Fr O.C. Lim, pada 5 Jun 2020 di Pusat Perubatan Pantai. Mendiang berusia 77 tahun.

Fr O.C. Lim dimasukkan ke hospital pada awal Mei dan menunjukkan tanda-tanda kesihatan semakin baik semasa rawatan pasca pembedahan. Pemergiannya secara tiba-tiba disebabkan oleh pembedahan dan aneurisma aorta sebelumnya. Kematiannya telah mengejutkan semua pihak.

Fr O.C. Lim merupakan pengamal undang-undang selama 14 tahun, dan menyertai Yesuit  pada 1 Mac 1985 dan ditahbiskan menjadi imam di Gereja St Francis Xavier di Petaling Jaya. Lima tahun kemudian, beliau mengucapkan kaul terakhir pada 1 Mei 1997.

Fr O.C. Lim pernah menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Katolik (CRC) dan Editor Berita Asia Katolik (CANews), dari tahun 1993 hingga 2009.

Sepanjang tempoh pelayanannya, Fr O.C bukan sahaja memperkembangkan pusat penyelidikan tetapi juga akhbar CANews, akhbar bulanan yang membawa banyak refleksi dan pemikiran. Di bawah pentadbirannya, CRC menumpukan kepada kesedaran kritikal di kalangan umat Kristian akan peranan mereka dalam sosio-politik, ekonomi dan konteks keagamaan.

Pada tahun 1992, beliau dilantik sebagai Direktur Rohani untuk Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur yang pertama, peranan yang disandangnya selama hampir 18 tahun.

Beliau juga dikenali sebagai seorang peguam bersuara lantang, Fr O.C. Lim memberi keberanian kepada mereka yang berjuang untuk tujuan yang adil, selalu menasihati mereka untuk “berdiri dan bersuara”.

Total Comments:0

Name
Email
Comments