Bersatu dengan Yesus dan Sabda-Nya

Umat Paroki Holy Rosary Limbahau (HRL) merayakan pesta Kaamatan secara sederhana tetapi tetap mengekalkan kebanggaan amalan nenek moyang melalui muzik, makanan dan tarian tradisi.

Jun 16, 2017

LIMBAHAU: Umat Paroki Holy Rosary Limbahau (HRL) merayakan pesta Kaamatan secara sederhana tetapi tetap mengekalkan kebanggaan amalan nenek moyang melalui muzik, makanan dan tarian tradisi.

Pesta Kaamatan bertema “Keluarga Ku, KKD dan Gereja Ku” dimulakan dengan perarakan dari rumah Paderi ke Gereja diiringi muzik Togunggak dan tarian kebudayaan. Misa Kudus dipimpin oleh Fr Thomas Yip dan Fr Thomas Madanan.

Di dalam Gereja, upacara dimulakan dengan simbolik menuai padi oleh keduadua Paderi. Fr Madanan kemudian memberkati hasil tuaian itu dan memalu gong sebagai tanda permulaan pesta Menuai. Ini diikuti dengan Perayaan Ekaristi.

Dalam homilinya, Fr Madanan menjelaskan tema pada tahun ini, “Keluarga Ku, KKD dan Gereja Ku” adalah berdasarkan harapan terhadap keluarga dalam menghadapi pelbagai cabaran dengan berandal kepada kekuatan Roh Kudus seperti Sto Paulus.

Paderi itu menambah bahawa unsur utama perayaan Kaamatan ialah kesatuan dengan Yesus dan Sabda-Nya, mengucap syukur di atas pemberian-pemberian-Nya dan pertolongan-Nya terhadap Gereja.

Selepas Misa, acara dilanjutkan di Dewan Fr Augustine Amandus. Majlis makan bersama dimeriahkan dengan pelbagai juadah makanan tempatan dan iringan muzik tradisional. Para belia menunjukkan bakat mereka melalui persembahan drama “Huminodun” manakala kumpulan kanak-kanak menyanyikan lagu “Bonda Maria dari Fatima” serta Fr Madanan turut mengalunkan sebuah lagu dalam bahasa Kimaragang.

Pesta Kaamatan Paroki HRL diakhiri dengan tarian Sumazau beramai-ramai

Total Comments:0

Name
Email
Comments