Bersyukur selalu adalah senjata ampuh para klerus

Sri Paus Fransiskus telah menulis surat kepada lebih 400,000 paderi Katolik di seluruh dunia yang menghargai dan mengucapkan terima kasih di atas semangat serta kecekalan mereka menghadapi krisis salah laku seksual di kalangan klerus.

Aug 09, 2019

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah menulis surat kepada lebih 400,000 paderi Katolik di seluruh dunia yang menghargai dan mengucapkan terima kasih di atas semangat serta kecekalan mereka menghadapi krisis salah laku seksual di kalangan klerus.

Surat berisi 5,000 patah perkataan itu menumpukan empat tema: kesakitan, kesyukuran, galakan dan pujian.

Dalam bahagian ketiga suratnya, Sri Paus Fransiskus menawarkan "dorongan" kepada para imam di seluruh dunia dan memberitahu mereka bahawa "menghadapi pengalaman yang menyakitkan, kita semua perlu dihibur dan digalakkan." Prelatus itu mengingatkan para paderi bahawa misi tidak mengecualikan kita daripada penderitaan, kesakitan dan juga salah faham. Sebaliknya, ia memerlukan kita untuk menghadapinya dengan terbuka agar Tuhan dapat mengubahnya dan menarik kita lebih dekat dengan-Nya.

Santi Papa mengingatkan para imam bahawa "Yesus, lebih dari sekadar manusia, Dia menyedari dan tahu akan usaha dan pencapaian kita, kegagalan dan kesilapan kita" dan “Dia yang pertama-tama memberitahu kita agar datang kepada-Nya kerana Dia akan memberi kelegaan, bahawa beban yang diberi adalah enak dan ringan ... dan belajarlah daripada-Nya kerana Dia lembah lembut dan rendah hati (Mat 11: 28-30).

Pada bahagian akhir iaitu “pujian,” Sri Paus menggalakkan para imam untuk memandang kepada Maria, bonda Yesus yang “mengajar kita bahawa pujian mampu mengangkat pandangan kita ke masa hadapan, dan memulihkan harapan sehingga sekarang.”

Sri Paus Fransiskus mengakhiri suratnya dengan memberitahu para imam, “Saya tidak berhenti mengucap syukur untuk kamu" (Ef 1: 16), untuk komitmen dan pelayanan anda. Kerana saya yakin bahawa Tuhan mengalihkan batu-batu yang paling sukar yang menghalangi harapan dan cita-cita kita. Sejarah manusia tidak berakhir di kuburan kerana pada hari ini, ia bertemu dengan ‘batu hidup’ (1 Pet 2: 4), Yesus yang bangkit.

“Kita sebagai Gereja dibina di atasnya, dan, walaupun kita menjadi lemah dan tergoda untuk menghakimi segalagalanya berdasarkan kegagalan kita, dia datang untuk membuat semua perkara baru.” — VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments