Biarawati persembah kebutaan mereka demi menyelamatkan jiwa-jiwa

15 Ogos ini akan meraikan 90 tahun penubuhan kongregasi Sisters of Don Orione dan para biarawati ini mempersembahkan sesuatu yang sangat unik bagi selamatan dunia iaitu kebutaan mereka.

Aug 05, 2017

SANTIAGO, Chile: 15 Ogos ini akan meraikan 90 tahun penubuhan kongregasi Sisters of Don Orione dan para biarawati ini mempersembahkan sesuatu yang sangat unik bagi selamatan dunia iaitu kebutaan mereka.

Mereka adalah komuniti konsekrasi biarawati buta yang diberkati untuk menyembah Sakramen Mahakudus dan memakai jubah putih unik, memakai skapular merah dan sulaman Hostia pada dada.

“Saya bercadang untuk mempersembahkan cabang baru keluarga religius, sebagai bunga di hadapan takhta Perawan Suci, agar Perawan Kudus itu sendiri, dengan tangannya yang kudus, mempersembahkannya kepada Yesus di Sakramen Mahakudus,” kata Santo Luigi Orione kepada para biarawati semasa pendiri kongregasi itu menubuhkan kongregasi ini di Itali pada 15 Ogos 1927.

Cabang kongregasi ini, Little Sisters of Charity (LMSC), mempunyai misinya sendiri, sejajar dengan perlembagaannya, untuk mempersembahkan “kebutaan” mereka kepada Tuhan bagi mereka yang belum mengetahui kebenaran-Nya dan menjadi cahaya dunia.

Di samping itu, mereka juga berusaha menyokong Adorasi Ekaristi dan membantu LMSC dan Sons of Divine Providence, dua buah kongregasi yang diasaskan oleh Saint Luigi Orione.

Kongregasi ini turut mempunyai kongregasi di Itali, Sepanyol, Argentina, Brazil dan Chile. Mereka telah berada di Chile sejak tahun 1943 dan sekarang ini, mempunyai tiga orang biarawati di situ: Sr María Luz Ojeda, Sr. Elizabeth Sepúlveda, dan Sr. María Pía Urbina, yang sedang melayani di Filipina pada ketika ini.

Para Sister ini menghadiri kelas komputer agar dapat membawa petisyen yang diterima daripada para umat ke hadapan Sakramen Mahakudus melalui akaun Facebook mereka. Para Sister mendoakan setiap intensi yang mereka terima.

Sr María Luz Ojeda mengalami kecelakaan semasa kecil yang menyebabkan penglihatannya menjadi terus dan beransur-ansur hilang dan ketika berusia 30, matanya telah menjadi buta.

“Kadang-kadang secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, kerana disebabkan kehilangan salah satu pancaindera saya dapat memasuki kongregasi ini. Di hadapan Sakramen Mahakudus, saya sering memberitahu Tuhan, inilah cara saya untuk membantu menyelamatkan jiwa-jiwa yang tersesat dan saya gembira dengan kehidupan sekarang ini,” kata Sr. María Luz kepada CNA.

Para biarawati itu menerangkan bahawa, “setiap hari dalam doa dan Adorasi, kami mempersembahkan Tuhan akan kemiskinan, penderitaan, dan kesedihan umat manusia.”

“Mungkin apa yang saya katakan ini kelihatan melampau tetapi saya akan mempersembahkan perkara ini di hadapan Tuhan pada hari Dia memanggil saya, bahawa telah membantu-Nya untuk menyelamatkan jiwa,” kata Sr. María Luz.

Setiap hari, para biarawati itu mendedikasikan permohonan- permohonan khusus: Hari Isnin adalah hari berdoa untuk orang-orang sakit, Selasa untuk kaum muda, Rabu untuk perdamaian, Khamis untuk panggilan, Jumaat untuk orang tua, Sabtu untuk kanakkanak, dan Ahad untuk keluarga.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments