Bible Tea - Kitab Suci itu asyik ...

Bible Tea - Kitab Suci itu asyik ...

Oct 12, 2018

JAKARTA: Kebangkitan umat Katolik untuk giat membaca Kitab Suci ditunjukkan dengan semakin suburnya komuniti Kitab Suci di keuskupan mahupun paroki .

“Anak muda tidak suka baca Kitab Suci,” begitulah stigma yang beredar di kalangan umat Katolik. Benarkah demikian? Ayat itu seperti adalah bisikan si jahat yang mahu melemahkan kaum muda.

Untuk berfikiran positif dan membangun semangat untuk memperkenalkan Kitab Suci dimulai dari anak-anak setiap orang harus mahu bergerak untuk itu dan tidak mengiyakan begitu sahaja bahawa kaum muda tidak menyukai kitab Suci.

Keyakinan ini menjadi pegangan Rafael Dikdik Sugiharto, salah seorang anak muda yang berjuang untuk menepis stigma ini. Lulusan Kursus Pendidikan Kitab Suci (KPKS) St Paulus Tebet, Jakarta ini mengakui, sebenarnya ramai anak muda yang mulai mendalami Kitab Suci. “Anak muda juga perlu asupan nilai-nilai spiritual. Nilai itu ada dalam Kitab Suci,” ujar Koordinator Kerasulan Kitab Suci bagi Orang Muda Katolik (OMK) Keuskupan Agung Jakarta (KAJ) ini.

Pada ketika ini, Dikdik menjadi salah seorang pembina “Life youth” di Paroki St Fransiskus Asisi Tebet.

Beliau mengakui bahawa ramai anak muda yang “kosong” kerana belum mengalami kasih Tuhan secara peribadi. Bagi Dikdik, untuk mencintai Kitab Suci, dan menjadikan firman Tuhan sebagai nafas kehidupan, anak muda terlebih dahulu harus didorong agar mengalami pengalaman personal dengan Tuhan. “Membantu mereka mengalami Tuhan adalah tujuan utama Tim kami,” ujarnya.

Bagaimana caranya? Dikdik mengajak anak muda untuk menemukan ayat kunci dari bacaan Kitab Suci. Kemudian, beliau mendorong anak muda untuk berani mengongsikan ayat itu dengan orang tua. Media dapat membantu, mereka dapat membahagikan firman Tuhan melalui aplikasi media komunikasi.

Ketika Dikdik mulai melakukan program dan pengenalan ini, beliau mendapat pelbagai respon daripada para peserta. Kaum muda mulai memiliki tabiat menempatkan Firman Tuhan sebagai bahagian integral kehidupan mereka.

“Ketika kita memiliki pengalaman dengan Tuhan, pasti ada satu kerinduan untuk membagikannya kepada orang-orang. Semoga dengan hal sederhana ini, mereka dapat memperoleh pengalaman itu.”

Vandrico Stanley Dale bergabung dengan Komuniti Dei Verbum (KDV). Komuniti berbasis group Whatsapp ini mengajak anggotanya untuk membaca Kitab Suci, dari Kejadian hingga Kitab Wahyu. Setiap hari, dia harus membaca Kitab Suci tiga bab dan dilaporkan ke dalam grup KDV.

Pada mulanya, beliau tidak begitu tertarik untuk membaca Kitab Suci.

Stanley mengakui pernah didera kebosanan ketika membaca Kitab Suci kerana Stanley tidak pernah bertatap muka, atau mengenal secara peribadi orang-orang yang bergabung dalam kelompok ini.

Malah dia yang sedang sibuk menyelesaikan tesis, ingin sahaja berhenti. “Tetapi semakin lama membaca Kitab Suci, semakin asyik...dan saya semakin tenang.” Baginya, membaca firman Tuhan dengan Alkitab membantunya memiliki disposisi batin yang terarah kepada Tuhan, dibandingkan membaca melalui telefon pintar. Tetapi ada waktunya, ketika berada di luar, beliau memanfaatkan teknologi masa kini itu.

Lambat laun, Stanley merasakan manfaat membaca Kitab Suci bahawa Sabda Tuhan “memproses” dirinya untuk menjadi peribadi yang mahu menghargai orang lain. “Tetapi tiap ayat yang saya baca menempa saya untuk memahami dan menghargai orang lain.”

Angeline Virginia Kartika Sosrodjojo yang menyertai sebuah kumpulan “Bible Tea” mengajak OMK untuk menjadikan Firman Tuhan sebagai landasan hidup. Angie bercerita, Firman Tuhan membentuk dirinya untuk menghilangkan sifat egois. Sejak itu, ia bersedia terbuka untuk dipimpin orang lain. “Ayat yang saya baca bukan sekadar tulisan tapi berfungsi mengajar. Sabda ini sungguh hidup!” ujarnya. — hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments