Bolehkah haiwan masuk syurga?

Orang Katolik juga percaya bahawa manusia akan memperoleh hidup baru di Syurga pada waktu akhir zaman.

Oct 16, 2020

Soalan: Kucing peliharaan saya mati beberapa minggu lalu. Apakah haiwan boleh masuk syurga atau neraka? Kemudian salah seorang teman menyarankan untuk berdoa kepada Santa Getrudis dari Nivelles, pelindung haiwan peliharaan. Apakah fungsi dari adanya orang kudus sebagai pelindung haiwan peliharaan ini? Celestine

Jawaban: Beberapa orang kudus memang “dinobatkan” sebagai pelindung dari tempat atau pekerjaan tertentu berdasarkan pengalaman peribadi atau kerana mereka berpengaruh pada daerah atau tempat tertentu semasa dia hidup, seperti St. Antonius dari Padua yang seringkali dikenal sebagai pelindung barangan yang hilang.

Santo ini dikenali demikian kerana semasa hidupnya dia pernah kehilangan barang yang berharga baginya iaitu buku catatan Mazmur yang diambil oleh seorang anggota komuniti Fransiskan.

Kemudian dia berdoa kepada Tuhan dan buku itu dikembalikan oleh orang yang mengambil buku itu dengan sengaja.

Sebagaimana Santo Antonius Padua (11951231), Santa Getrudis dari Nivelles (c. 628-659), yang adalah puteri Santo Pepin I dari Landen, meninggalkan kebangsawanannya untuk menjadi seorang biarawati. Di biara, dia yang hidup untuk mendalami Kitab Suci, memelihara kucing sehing ga kemudian dia dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan.

Namun, Gereja tidak pernah secara rasmi menobatkannya sebagai santa pelindung haiwan peliharaan, apalagi sebagai pelindung kucing. Dia lebih dikenal sebagai pelindung Kota Nivelles dan Ordo Salib Suci (Crosiers or Crutched Friars). Bahkan, dia juga dianggap sebagai pelindung mereka yang dalam perjalanan dan orang-orang yang baharu saja meninggal. Lalu, gelar sebagai pelindung haiwan pemeliharaan sebenarnya muncul pada tahun 1980-an yang menampilkan dirinya sebagai peribadi yang melawan hama tikus. Dari sinilah, Santa Getrudis dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan, khususnya kucing.

Santa Getrudis yang dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan memberikan penegasan bahawa haiwan peliharaan adalah ciptaan Tuhan yang patut dijaga dan dilindungi. Selain itu, perlindungan bagi haiwan peliharaan mengingatkan relasi manusia dengan haiwan seperti yang disampaikan oleh Katekismus Gereja Katolik: “Binatang adalah makhluk-makhluk Tuhan ...kerana itu manusia juga harus memberikan kebaikan hati kepada mereka” (KGK 2416). Maka melalui santa ini, kita belajar bagaimana kita dapat menjaga haiwan peliharaan dengan baik, dan berdoa agar haiwan-haiwan peliharaan tidak diperlakukan sewenang-wenangnya.

Kemudian, satu hal lain yang menjadi pertan yaan, “Apakah haiwan itu jika mati dapat masuk syurga atau neraka?” Pertanyaan ini agak janggal. Namun, pertanyaan ini mendorong penegasan bagaimana keselamatan itu terjadi bagi makhluk hidup yang bukan manusia. Untuk menjawab hal ini, kita perlu memahami dahulu bahawa kehadiran Kristus ke dunia adalah untuk menebus dosa-dosa manusia.

Orang Katolik juga percaya bahawa manusia akan memperoleh hidup baru di Syurga pada waktu akhir zaman.

Haiwan adalah makhluk hidup yang keberadaannya memuji Tuhan (bdk. KGK 2416) sehingga tidak memerlukan  penebusan seperti manusia yang berdosa. Haiwan ada bersama dengan manusia. Manusia hanya perlu menjaganya dan tidak menyeksa serta membunuhnya dengan cara yang tidak wajar (bdk. KGK 2418). Maka, tidak boleh dibandingkan antara manusia dan binatang dalam hal memasuki syurga atau neraka. Sebaliknya, hal yang penting adalah keyakinan kita bahawa “Tuhan menyiapkan tempat tinggal baharu dan bumi yang baharu, kediaman keadilan, yang kebahagiaannya akan memenuhi dan melampaui segala kerinduan akan kedamaian, yang timbul dalam hati manusia” (GS 39). Maksudnya manusia mendapatkan tempat baru dengan ciptaan Tuhan yang baharu. — Fr Yohanes Benny Suwito, Institut Teologi Yohanes Maria Vianney, Surabaya, Jawa Timur, Hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments