Bumi ini banyak perbezaan, belajarlah hidup berdampingan

Kongregasi mengutus saya mendalami ilmu psikologi di Universiti Mercu Buana Yogyakarta

Nov 17, 2017

YOGYAKARTA: Kongregasi mengutus saya mendalami ilmu psikologi di Universiti Mercu Buana Yogyakarta. Di kampus itu, majaoriti kakitangan, pensyarah dan mahasiswa beragama Islam dan berhijab.

Saya benar-benar berbeza di antara dua ribu mahasiswa angkatan 2016. Bahkan pensyarah dan panitia hairan dengan kehadiran saya.

Pakaian kebiaraan saya menjadi sorotan apalagi bagi teman-teman yang kurang tahu atau bahkan sama sekali belum pernah bertemu dengan biarawati. Namun, saya selalu percaya bahawa Tuhan punya rencana atau misi tertentu untuk saya laksanakan di mana pun saya diutus.

Sebagai seorang Dominikan, saya bersyukur diutus ke tempat di mana ramai orang berlainan iman dan mengingatkan saya untuk menjadi tanda kehadiran Gereja dan Kongregasi Ordo Pewarta (OP) walau di mana pun saya berada.

Maka, setiap hari saya berjuang memberi kesaksian yang baik, agar keselamatan jiwa-jiwa mencakup semua orang, bukan hanya peribadi tertentu.

Bekal saya untuk memasuki dunia berbeza ini adalah hati yang penuh kasih, seperti yang Tuhan sampaikan, “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri (Mat.22:39).” Sabda itulah yang saya pegang teguh.

Saya sangat yakin, dengan hati yang peduli, hati yang mengasihi, dan hati yang mahu berbahagi, ketika saya memasuki suatu kelompok, meski saya berbeza agama dan budaya, saya tidak akan mengalami kesulitan.

Di belahan dunia mana pun kita tinggal, belaskasih dan pengampunan selalu diperlukan untuk kita hidup berdampingan dengan sesama. Selain belajar, di kampus itu saya menghadirkan diri bagi teman-teman yang perlu teman untuk bercerita, berbahagi pengalaman menyenangkan mahupun sedih, luka dan segala penderitaan mereka.

Saya sangat percaya, berbuat baik adalah cara menabur benih yang buahnya juga akan saya tuai. Semakin bermurah hati, semakin banyak saya menerima kemurahan hati Tuhan melalui peribadi-peribadi di sekitar saya.

Menjadi saudara dalam perbezaan tidaklah sukar. Saya percaya, setiap manusia di kolong langit dipanggil menjadi duta perdamaian guna membangun dunia yang damai untuk semua mahluk. Kita adalah peribadi yang dipanggil untuk menjadi saudara bagi sesama.--Sr Andrea Desi Rihani OP, penakatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments