Bunuh diri ... mereka ada sebabnya

Bunuh diri ... mereka ada sebabnya

Oct 19, 2018

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah hampir Sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.

Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pada tahun ini saya sedang berusaha menulis artikel ini kerana baru-baru ini ada beberapa orang yang telah menulis bahawa artikel saya mengambil ringan akan isu tragik ini, memberikan pengharapan yang salah dan bahaya, dan lebih teruk lagi, tulisan saya dikatakan ‘melembutkan’ taboo (bahawa bunuh diri merupakan jalan terakhir) yang menyebabkan lebih ramai yang akan membunuh diri.

Dengan 'melembutkan' larangan ini, saya telah diberi peringatan bahawa saya memberikan lampu hijau kepada mereka yang berniat membunuh diri.

Lagipun Tuhan akan memaafkan, mengapa tidak? Malah, umat Katolik selalu mengambil petikan dari Katekismus Gereja Katolik untuk mempertahankan diri dari kritikan.

Meskipun begitu, isu ini masih harus dibincangkan: Fakta yang getir di Amerika Syarikat ialah 3-4 orang membunuh diri setiap jam, menjadikan jumlah mereka yang membunuh diri lebih dari 90 orang sehari, melebihi 33,000 orang setahun dan setiap kematian mereka memberi kesan kepada ramai orang. Sebenarnya, tragedi ini memberi kesan kepada semua orang.

Tidak ada seorang pun yang tidak mengalami rasa sedih, takut dan berubah akibat seseorang yang membunuh diri. Namun, di dalam kesedihan ini, biasanya mereka akan bersifat tabah serta tidak akan berbincang mengenainya.

Tetapi di sebalik ketabahan, terdapat dua perasaan yang saling bertentangan, gambar-gambar si mati boleh diturunkan, kenangan-kenangan yang boleh dipadam namun pada masa yang sama kita bergelut dengan rasa bersalah, malu, takut akan keselamatan mereka dan ia terus kekal menjadi kenangan yang sukar disingkirkan di dalam hidup kita.

Sekiranya tragedi ini berlaku pada diri kita, apa yang seharusnya dapat kita harapkan? Apa yang harus dikatakan mengenai bunuh diri selain apa yang saya cuba huraikan di dalam artikel-artikel saya terdahulu?

Pertama, kita harus mengatasi rasa takut:Bunuh diri adalah perkara yang amat teruk. Masyarakat dan Gereja meletakkan bunuh diri sebagai tabu yang radikal. Ia seperti tabu berkaitan perbuatan zina atau sumbang mahram dan tabu ini wujud di atas sebab-sebab tertentu.

Ini merupakan satu tindakan salah di mana tidak akan ada jalan penyelesaian. Mereka yang memilih tabu ini bukan sahaja tidak membantu menghindarkan perkara bunuh diri tetapi turut menghancurkan hidup seseorang. Kita tidak seharusnya memandang ringan akan kes bunuh diri.

Oleh sebab inilah perbincangan bunuh diri seharus tidak dihindarkan atau dijauhi. Namun, tabu ini sebenarnya satu peringatan sebelum kejadian tersebut berlaku.

Namun, kita juga harus mengatakan sesuatu apabila tragedi ini berlaku.

Apabila seseorang yang mati kerana membunuh diri, ahli keluarga yang ditinggalkan terkapaikapai mencari penjelasan dari manusia dan teologi. Sesuatu harus dikatakan kepada mereka yang masih hidup. Artikel-artikel saya mengenai bunuh diri adalah ditujukan kepada mereka yang ditinggalkan oleh si pembunuh diri.

Artikel-artikel juga bukan setakat nasihat kepada mereka yang tertekan akibat kejadian ini tetapi untuk semua orang.

Saya juga menekankan bahawa semua perkara yang saya sampaikan mengenai bunuh diri tidak menyebut apa-apa yang bertentangan dengan ajaran Katekismus Gereja Katolik. Sebenarnya, artikel saya mengajar mengenai belas kasihan dan memahami: Dengan belas kasihan ia membantu kita untuk memahami bahawa tindakan bunuh diri adalah bertentangan dengan niat kudus Tuhan untuk hidup manusia.

Dengan belas kasihan juga kita akan memahami bahawa tragedi ini mungkin berpunca dari keadaan psikologi seseorang yang kurang sihat dan dengan memahami kejadian ini, ia boleh membawa kita untuk percaya kepada belas kasihan dan memahami Tuhan.

Lagipun, saya menulis tanpa meninggalkan manamana pandangan Gereja dan amalan pastoralnya. Saya masih mengingati satu peristiwa yang agak berbeza.

Ketika saya masih remaja dan salah seorang jiran kami telah membunuh diri. Pada masa itu, masih terdapat beberapa soalan berkaitan bunuh diri yang sensitif: Haruskah lelaki tersebut mendapat upacara penuh di Gereja dan dikebumikan di kubur Gereja?

Paderi kami, Fr Michael Schats, seorang Paderi dari kongregasi Oblate of Mary Immaculate yang tenang dan tegas dengan segera memadamkan semua keraguan dan melakukan sama seperti yang akan dilakukan oleh Yesus: Dia memperlihatkan belas kasihan Tuhan, Gereja dan komuniti kepada lelaki yang membunuh diri tersebut dan keluarganya yang sedang bersedih.

Pada hari ini, saya menjadi seorang Paderi kerana salah satu sebab ini dan pelbagai sebab yang lain. Tindakan Fr Michael membantu saya memahami hati Tuhan dan bagaimana seharusnya manusia serta Gereja bertindak apabila berlaku kes seperti ini.

Pada akhirnya persoalan ini ditujukan pula kepada Tuhan: Sekiranya Tuhan sempurna, penyayang, berbelas kasihan dan memahami, sekiranya sifat kasihan Tuhan tidak pernah berakhir seperti yang diajar di dalam agama Kristian kita, turun ke tempat penantian maka ini adalah satu penghinaan kepada sifat semulajadi Tuhan dan penghinaan kepada iman kita untuk mempercayai bahawa Tuhan sanggup menamatkan nyawa seseorang yang sangat rapuh, terluka, terguris, amat sensitif atau mungkin sangat tidak seimbang dari segi biokimia sehingga menamatkan hidupnya sendiri disebabkan rasa tertekan atau panik.

Jauh di dalam sanubari, kita semua tahu mengenai hal ini. Kita harus bersuara dengan lantang. Kita selamat di dalam perlindungan yang tidak dapat diberikan oleh manusia. Kita boleh percaya kepada Tuhan, dan tidak ada yang lebih benar dan pilu dari persoalan bunuh diri. -- Oleh Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments