Carlo Acutis buktikan kebahagiaan sejati ditemukan dalam Ekaristi dan melayani Tuhan, sesama

Untuk pertama kalinya dalam sejarah kita melihat seorang Santo yang mengenakan seluar jeans, kasut sukan dan sweater.

Oct 16, 2020

Untuk pertama kalinya dalam sejarah kita melihat seorang Santo yang mengenakan seluar jeans, kasut sukan dan sweater. Ini adalah pesan yang luar biasa bagi kita bahawa kekudusan bukanlah hal yang mustahil dan telah dibuktikan oleh seorang remaja, Carlo Acutis.

Hidup remaja itu sangat singkat, tetapi karyanya menggunung. Carlo Acutis, remaja 15 tahun, adalah seorang programmer yang berbakat meskipun tidak belajar khusus dalam bidang ini.

Sejak umur sembilan tahun, Carlo hampir menguasai Operating System (OS) untuk aplikasi mobile, website, dan pada usia 12 tahun, Carlo sudah mahir merancang flowchart, menulis kod program, dan menguji program.

Hard skill yang dimilikinya membuat orang tuanya yakin masa hadapannya adalah cerah. Malah Carlo juga bercita-cita untuk melakukan kerja dari rumah agar sentiasa dekat dengan keluarga sekaligus punya banyak waktu mengembangkan hidup rohaninya. Carlo memang dikenali sebagai anak yang sangat mencintai Ekaristi. Dia gemar menghadiri Misa harian, rajin berdoa Rosario, dan menerima Sakramen Tobat mingguan.

Tidak ada siapa yang menyangka, rencana Tuhan untuk Carlo sangat berbeza. Usia 12 tahun, Carlo didiagnos dengan penyakit leukimia.  Tiga tahun berjuang melawan penyakit, remaja kacak itu meninggal dunia di Monza, Milan, Itali, pada 12 Oktober 2006.

Sri Paus Fransiskus dalam Christus Vivit mengatakan, “Ada berita gembira bahawa dunia sedang menuju era digitalisasi. Memang wajar kita mengenang seorang remaja terkenal Carlo Acutis sebagai model kekudusan pada era digital!"

Rasul Ekaristi Carlo sangat tertarik pada konsep Sri Paus Yohanes Paulus II tentang pentingnya penggunaan Internet untuk evangelisasi. Atas panggilan ini, beliau pernah membuat sebuah laman web www.carloacutis.com untuk berbahagi tentang iman kekatolikan. Laman web dalam bahasa Itali ini masih dapat diakses hingga sekarang.

Dalam laman web itu, Carlo memberikan menjelaskan tentang Ekaristi: Eucharistia, La mia Autostrada per il Cielo, (Ekaristi adalah jalan tol saya ke syurga).

Konsep ini mulai difahami oleh Carlo se masa berusia tujuh tahun iaitu sesaat setelah menerima Komuni Pertama. Kerinduan untuk menerima Ekaristi terus menggebu di hatinya dan dia tidak pernah merasa puas menyantap tubuh Kristus. Dia sangat gembira berdiri di hadapan Kristus ketika tubuh dan darah Kristus dikonsekrasi. “Kita menjadi suci kerana Ekaristi..... tidak ada ertinya membuang waktu untuk suatu yang tidak abadi..

Anugerah Terindah
Semasa ditemubual oleh CNA pada Mei 2020, Antonia, ibu kepada Carlo mengatakan puteranya menjalani kehidupan yang benar-benar berpusat pada Tuhan. Oleh itu, Antonia tidak terkejut anugerah kanonisasi diberikan kepada Carlo. Katanya, Carlo menjalani hidup sebagai sebahagian dari panggilan untuk merayakan Ekaristi kehidupan.

Antonia bercerita bahawa dia berkahwin pada usia muda dan tidak bersedia mengandungkan Carlo.

“Saya menyesal kerana pernah ingin membuangnya. Sebab itu, Tuhan tidak memberi kami anak lagi. Selepas 20 tahun, baharulah saya mendapat anak kembar, Francesca dan Michele yang saya percaya, adalah doa Carlo," ungkap Antonia.

Bertemu Tuhan
Meski lahir dari keluarga yang tergolong berada, Carlo tidak pernah sombong. Dia suka membantu orang miskin dan mengatakan kekayaan bukanlah hal yang jahat, tetapi jangan sampai kekayaan membuat seseorang menjadi egois.

"Hasrat untuk menyimpan dan mengumpulkan semua kekayaan untuk diri sendiri itulah yang menyebabkan anugerah kekayaan menjadi jahat,” sebut remaja kelahiran London, 3 Mei 1991 ini.

Carlo juga sering bermurah hati pada a orang asing, golongan kurang upaya dan  anak-anak pengemis.

Luana, nenek Carlo, bercerita bahawa Carlo pernah memintanya untuk  menyiapkan makanan buat seorang pengemis yang tidur di tanah di kebun Kota Assisi.

“Carlo mengingatkan saya agar setiap malam menyiapkan makanan kepada pengemis itu. Kadang-kadang dia memberikan saya wang agar pada waktu pagi, saya dapat memberikannya kepada pengemis itu," kata Luana mengenang cucunya yang telah dinobatkan sebagai orang Santo.

Memasuki usia 12 tahun, Carlo menderita leukimia. Namun kanak-kanak itu memberitahu ibunya agar tidak terlalu bimbang kerana dia menyatukan penderitaannya dengan penderitaan Kristus dan mempersembahkan kesakitannya bagi Tuhan, Gereja dan Sri Paus. — hidupkatolik.com/media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments