CBC gesa kerajaan pertimbang hantar pulang warga Myanmar

DALAM ensiklik terbaharu Sri Paus, Fratelli Tutti (Tentang Persaudaraan dan Persahabatan Sosial), Sri Paus Fransiskus telah mengingatkan Gereja bahawa kita semua adalah sebahagian dari keluarga manusia yang lebih besar dan bahawa persaudaraan manusia kita "melampaui hambatan geografi dan jarak."

Feb 27, 2021

Konferensi
Uskup-Uskup
KatoliK Malaysia

DALAM ensiklik terbaharu Sri Paus, Fratelli Tutti (Tentang Persaudaraan dan Persahabatan Sosial), Sri Paus Fransiskus telah mengingatkan Gereja bahawa kita semua adalah sebahagian dari keluarga manusia yang lebih besar dan bahawa persaudaraan manusia kita "melampaui hambatan geografi dan jarak."

Dengan semangat cinta persaudaraan, Gereja tidak dapat menutup mata kepada mereka yang memerlukan dan yang lemah, tanpa mengira siapa mereka dan dari manaasal mereka khususnya pada masa krisis.

Dalam Musim Pra-Paskah, berpuasa, berdoa dan bersedekah yang diserukan kepada kita, mesti mendorong kita melampaui ama lan Pra-Paskah secara individualistik untuk memupuk rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, meliputi semua orang dan terbuka untuk semua. "Apa sahaja yang mempengaruhi seseorang secara langsung, mempengaruhi semua secara tidak langsung."

Baru-baru ini dilaporkan dalam beberapa sumber media tempatan dan antarabangsa bahawa Malaysia akan menghantar pulang 1,200 warganegara Myanmar dari perairan kita, di antaranya juga adalah pelarian dan pencari suaka.

Pada masa ketidakpastian politik yang parah di Myanmar, iman kita menyatakan bahawa kita tidak boleh berdiam diri dan terlibat dalam tindakan ini terhadap mereka yang melarikan diri akibat krisis kemanusiaan yang dahsyat.

Menjamin keselamatan kepada pelarian, pendatang dan pencari suaka yang amat lemah tidak hanya harus diatur oleh undang undang antarabangsa tetapi juga oleh "undang-undang kemanusiaan", yang didasarkan pada belas kasihan, pengertian dan cinta.

Sebagai rakyat Malaysia yang komited di mana iman memanggil kita  untuk menuruti dua perintah Tuhan iaitu mengasihi Tuhan dan sesama (lih. Lukas 10:27), kita tidak dapat menutup mata dengan tragedi penderitaan manusia.

Mengasihi Tuhan dan sesama bermaksud kita komited untuk membina dunia yang lebih adil dan memulihkan umat manusia di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir.

Kami meminta kerajaan Malaysia untuk tidak membiarkan nyawa warganegara Myanmar ini ke dalam nasib yang tidak pasti dan tidak diketahui dengan mengembalikan mereka pada masa-masa yang tidak menentu ini.

Kami juga meminta agar organisasi antarabangsa seperti UNHCR diberi kebenaran untuk mengesahkan individu-individu ini agar  keselamatan diri mereka terjamin.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita tidak boleh menundukkan seseorang kepada situasi yang ditandai dengan ketakutan, ketidakpastian dan kegelisahan.

Kami juga meminta semua umat Katolik untukberpuasa pada musim Pra-Paskah ini untuk rakyat Myanmar, agar dialog yang tulus dapat terjadi antara semua pihak, dan untuk keamanan dan kebebasan yang berkekalan.

Kita bersatu dalam doa dengan orangorang di Myanmar, memohon  Tuhan untuk kedamaian, perdamaian dan keharmonian dalam masa-masa yang tidak menentu ini.

Teruskan untuk saling mengasihi seperti saudara [dan saudari], dan ingatlah selalu untuk menyambut orang asing kerana dengan melakukan ini, beberapa orang telah melayan malaikat tanpa menyedarinya. (Ibrani 13: 1-2).

  + Yang Mulia Rev Julian Leow Beng Kim D.D.
Presiden, CBCM
Uskup Agung Kuala Lumpur

+ Rt Rev Sebastian Francis,
Uskup Pulau Pinang

+ Rt Rev Bernard Paul,
Uskup Melaka Johor

+ Yang Mulia Uskup Agung John Wong,
Uskup Agung Kota Kinabalu

+ Rt Rev Cornelius Piong,
Uskup  Keningau

+ Rt Rev Julius Gitom,
Uskup Sandakan

+ Yang Mulia Rev Simon Poh,
Uskup Agung Kuching

+ Rt Rev Richard Ng,
Uskup Miri

+ Rt Rev Joseph Hii,
Uskup Sibu

Total Comments:0

Name
Email
Comments