CDM terima relik Sta Teresa dari Kalkuta dan Beato Michael Sopocko

CDM terima relik Sta Teresa dari Kalkuta dan Beato Michael Sopocko

Jan 18, 2019

SG ARA, Pulau Pinang: Pada bulan November tahun lepas, Fr Paul Zawadski SAC dari Korea telah membuat panggilan telefon kepada paderi Paroki Kerahiman Ilahi (CDM) untuk bertanya jika beliau berminat menerima relik Beato Fr Michael Sopocko (1888-1975) yang merupakan pengaku dosa dan penasihat rohani kepada Santa Faustina. Fr Michael juga terlibat secara langsung dengan misteri-misteri wahyu kepada Santa Faustina oleh Yesus yang Berbelas kasihan.

Disebabkan oleh Beato Fr Michael jugalah, semua wahyu itu telah direkodkan dalam diari Santa Faustina dan dibaca oleh seluruh komuniti dunia sekarang ini. Fr Paul telah bertemu dengan Fr Martin ketika mereka berdua bertemu sempena Kongres Apostolik Asian tentang Kerahiman Ilahi kali keempat (AACOM IV) di Gereja Kerahiman Ilahi. Selepas urusan rasmi, akhirnya relik itu dihantar ke Gereja Kerahiman Ilahi.

Kemudian pada 7 Disember, 2018, Fr Martin telah mengirim sepucuk surat lain kepada kongregasi Missionaries of Charity bersama surat sokongan daripada Uskup Sebastian Francis, Ketua Keuskupan Pula Pinang, untuk memohon relik kelas pertama Santa Teresa dari Kalkuta (1910- 1997). Tidak lama kemudian, relik orang kudus itu dihantar ke Gereja CDM dan kongregasi berpeluang untuk membuat penghormatan pada hari minggu terakhir 2018 selepas Misa Kudus.

Kedua-dua relik orang kudus itu adalah hadiah berharga perayaan Krismas, dan juga memberikan semangat kepada umat di Pulau Pinang untuk meneladani Beato Fr Michael dan Santa Teresa dari Kalkuta, lebihlebih lagi pada Tahun Khas Misionari 2019.

Total Comments:0

Name
Email
Comments