COVID-19, Komiti Katekis Paroki Kuala Penyu beramal

Komiti Katekis Paroki St Peter Bundu Kuala Penyu menganjurkan program khas bagi membantu umat yang terkesan kerana Pandemik Covid-19 bagi umat sekitar daerah Kuala Penyu.

May 23, 2020

KUALA PENYU: Komiti Katekis Paroki  St Peter Bundu Kuala Penyu menganjurkan program khas bagi membantu umat yang terkesan kerana Pandemik Covid-19 bagi umat sekitar daerah Kuala Penyu.

Katekis Simon Masusih selaku Pengerusi Komiti Katekis telah mendapatkan kebenaran daripada Paderi Paroki Kuala Penyu, Father Clement Abel untuk melaksanakan program itu. 

Fr Clement dan pembantunya, Fr Claudius Andrew sangat gembira dengan usaha yang dilakukan oleh Komiti Katekis.

Kedua-dua paderi itu menyokong usaha para katekis dan berpesan bahawa pelayanan bukan hanya kepada aktiviti berdoa sahaja namun haruslah juga disertai dengan hati dan tangan yang memberi. Mereka turut berharap agar umat yang diberikan bantuan kelak menyedari bahawa Gereja sentiasa  mendengar dan membantu mereka.

Program khas amal bantuan Covid-19 anjuran Komiti Katekis tersebut akan berakhir pada 30 Mei 2020. Selepas Katekis Simon Masusih mengedarkan surat memohon kemurahan hati para katekis dan umat bagi memberi sumbangan, sudah ada 17 kampit beras dan pelbagai barangan dapur telah dikumpulkan (ketika artikel ini ditulis).--Marcus Angang

Total Comments:0

Name
Email
Comments