Di hidupkan semula bersama Kristus!

Jesus Christ Superstar adalah sebuah filem yang sangat popular sekitar penghujung tahun 1970-an. Filem tersebut melukiskan kehidupan Yesus Kristus dalam bentuk nyanyian-nyanyian dan tarian- tarian.

Apr 17, 2014

HARI RAYA KEBANGKITAN TUHAN
KIS 10:34, 37-43; KOL 3:1-4; YOH 20:1-9

Jesus Christ Superstar adalah sebuah filem yang sangat popular sekitar penghujung tahun 1970-an. Filem tersebut melukiskan kehidupan Yesus Kristus dalam bentuk nyanyian-nyanyian dan tarian- tarian. Di dalam filem tersebut terdapat beberapa persoalan yang tidak terjawab, seperti; “Yesus Kristus, apakah Engkau seperti difikirkan oleh ramai orang? Muzik dalam filem tersebut pun sungguh menarik.

Salah satu lagu yang cukup popular adalah lagu yang dinyanyikan oleh Maria Magdelina, bertajuk, “I don’t know how to love Him”(Saya tidak tahu bagaimana mencintai-Nya). Namun satu kesilapan yang terdapat dalam filem tersebut bahawa ia tidak menggambarkan tentang kebangkitan Kristus. Ia hanya menceritakan kisah kelahiran sampai pada kematian dan berhenti sampai di sana sahaja dalam keadaan yang menyedihkan.

Filem tersebut tidak mempedulikan tujuan akhir dari seluruh perjalanan Kristus sampai di kayu salib, iaitu kebangkitan-Nya sehingga orang yang menonton tidak dapat melihat aspek superstar yang diuar-uarkan melalui judul filem tersebut. Kita percaya bahawa melalui kebangkitan-Nya, Yesus Kristus bukan hanya superstar tetapi sungguh- sungguh Tuhan, dan orang yang percaya kepada-Nya juga mengalami kebangkitan seperti Yesus. Kebangkitan Yesus dari antara orang mati telah mengakhiri teka-teki sehubungan dengan nasib kita sesudah kematian.

Melalui kebangkitan- Nya, Yesus telah mengalahkan kematian. Yesus adalah Abang Sulung kita. Maka kebangkitan Yesus memberikan harapan baru kepada kita. Melalui kebangkitan-Nya kita menjadi percaya bahawa kematian bukanlah akhir kehidupan tetapi suatu pintu peralihan menuju kehidupan baru yang sifatnya kekal abadi. Kebangkitan Yesus telah memberikan harapan yang besar kepada umat manusia, maka inilah sebabnya pesta Paska yang kita rayakan ini merupakan pesta harapan.

Sempena perayaan Paska ini, kita perlu “mengulang tayangkan” semula pertemuan kita dengan Yesus Kristus pada hari ini dan setiap hari agar keintiman kita dengan- Nya dieratkan lagi hari demi hari. Kita boleh melakukan semua perkara ini melalui:

1.Komuniti Kristian Dasar (KKD) kita. Sebab Yesus sendiri pernah berkata: “Di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku berada di tengah-tengah mereka” (Mat 18:20).

2.Aksi kebajikan terhadap sesama seperti yang diharapkan oleh Yesus, “Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku” (Mt 25:40).

3.Perayaan Ekaristi. Sebab melalui pemecahan Rotilah kita semakin dekat dan kenal siapa Yesus itu, “… ketika itu terbukalah mata mereka dan mereka pun mengenal Dia” (Lk 24:31).

4.Mendengar Sabda-Nya. Sebab melalui Sabda-Nyalah kita disegarkan serta diberi suntikan semangat baru seperti yang dialami oleh dua orang murid semasa perjalanan ke Emaus, “Bukankah hati kita berkobar- kobar ketika Ia berbicara dengan kita di tengah jalan dan ketika Ia menerangkan Kitab Suci kepada kita?” (Lk 24:32).

5.Tanda-tanda zaman dan juga melalui sejarah. Sebab Yesus sentiasa menyertai perjalanan hidup kita seperti yang pernah dijanjikan-Nya, “Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman” (Mt 28:20).

Di dalam kehidupan harian kita pula, kita sebenarnya berkesempatan untuk hidup dengan menghidupi peristiwa Paska, iaitu kisah kesengsaraan, kematian dan kebangkitan Kristus. Kebangkitan Yesus menunjukkan kita jalan menuju Bapa.

Tetapi bagaimanakah kita melihat kehidupan kita seharian? Apakah kita lebih tertarik untuk mengikuti arus dunia yang menjanjikan jaminan hidup yang aman dan damai? Adakah kita terlalu menaruh harapan sepenuhnya hanya pada harta duniawi? Apakah kita terlalu berhati- hati atau mencari jalan yang selamat apabila kita terpaksa berurusan dengan hubungan kita dengan Bapa? Dunia menuntut keberadaan dan kesetiaan kita untuk tunduk terhadap nilai-nilai duniawi yang penuh dengan nikmat dan keindahan yang bergemerlapan.

Tetapi untuk kenal dan menerima Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat, bererti kita perlu melepaskan keterikatan kita terhadap hal-hal duniawi yang sifatnya sementara sahaja. Setiap hari kita berharap pada Bapa, kerana tahu bahawa Dia tidak pernah melupakan kita tanpa memberikan berkat yang secukupnya untuk kita setiap hari. Pada hari yang mulia ini, marilah kita saling bersaksi, tentang kebangkitan Yesus Kristus itu misalnya melalui ‘SMS’ seperti yang pernah saya terima daripada sahabat- sahabat saya.

“Dia tidak mempunyai hamba abdi tetapi mereka panggil Dia Tuan – tidak mempunyai apa-apa kesarjanaan, tetapi mereka panggil Dia Guru – tidak mempunyai ubat-ubatan tetapi mereka panggil Dia Doktor – tidak mempunyai askar, tetapi raja-raja takut pada-Nya – tidak pernah berperang, tetapi Dia telah menakluki dunia – Dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, tetapi mereka telah menyalibkan- Nya – Dia telah dikuburkan, tetapi Dia bangkit dan tinggal di antara kita – Dia suka merendah diri, tetapi sentiasa disembah dan dimuliakan. Nama-Nya adalah YESUS. Dialah Tuhan, harapan dan penyelamat kita. Selamat menyambut hari Paskah. —JL

Total Comments:0

Name
Email
Comments