Dialog dengan Muslim dan lindungi martabat manusia

Paus Fransiskus seru para misionari langkau karisma kaum religius

Jun 16, 2017

KOTA VATIKAN: Para misionari diamanahkan untuk membawa harapan Yesus kepada komuniti-komuniti Kristian yang miskin serta membina hubungan baik dengan penganut Islam dan melindungi hak asasi manusia, demikian pesan Paus Fransiskus kepada sekumpulan misionari.

Sri Paus Fransiskus menghadiri pertemuan dengan ahli-ahli Misionari Consolata di Vatikan pada 5 Jun lalu di mana prelatus itu menyeru mereka untuk melangkaui sempadan aktiviti misionari mereka khususnya melindungi martabat wanita dan nilai keluarga.

“Anda dipanggil untuk melangkaui karisma anda, untuk mendorong diri anda dengan semangat baru dalam kerja-kerja penginjilan, khususnya dalam aspek keperluan mendesak pastoral dan kemiskinan bentuk baru,” ujar Sri Paus.

Misionari Consolata diasaskan oleh Beato Giuseppe Allamon. Ia dianggotai oleh lelaki dan wanita yang bermatlamat menginjil di kawasan-kawasan terpencil di dunia serta membentuk komuniti-komuniti Kristian di kawasan termundur tersebut.

Para misionari Consolata bertekad untuk membawa penghiburan sejati kepada dunia, yang dialami dalam Yesus dan Injil-Nya. Mereka menyebarkan misi Kristus di kalangan orang-orang yang terabai, dilupakan, membantu mereka yang menderita, melayani orang sakit, melindungi hak asasi manusia dan mempromosi keadilan serta keamanan.

Paus Fransiskus menyeru para ahli kongregasi ini agar melayani dengan belas kasihan dan murah hati serta membawa penghiburan kepada populasi yang selalu dilanda kemiskinan, penderitaan seperti komuniti-komuniti di kebanyakan tempat di Afrika dan Amerika Latin, yang memerlukan pertolongan serta bantuan rohani dan fizikal.

“Dengan menyedarkan umat yang menderita bahawa belas kasihan Yesus yang tidak ada batasnya, semangat baru itu akan menguatkan mereka untuk meneruskan kehidupan. Adalah penting untuk menyedarkan orang ramai bahawa Tuhan mengasihi kita daripada mengajar mereka bagaimana untuk mengasihi Dia. Dalam upaya membantu orang lain untuk menemui semula cinta kasih Tuhan, ia juga membantu para lelaki dan wanita hidup bakti untuk memperdalam kasih terhadap Yesus dan semakin menjadi serupa seperti Kristus dalam kerja-kerja misionari mereka,” jelas Sangti Papa.

“Ini akan menjadikan anda lebih aktif melayani dalam penginjilan baru, meskipun harus menghadapi pelbagai pengorbanan dan rintangan tetapi sikap terbuka terhadap situasisituasi mencabar bersama Kristus, pasti akan memperlihatkan kepada orang lain, bahawa kasih Yesus lebih berkuasa daripada segala-galanya di dunia ini.”

Paus Fransiskus juga menggalakkan para kongregasi untuk meneruskan perjalanan mereka seperti yang telah dilakukan oleh Beato Allamano, yang melayani orang-orang miskin dengan membawa harapan sejati Kristus dan menyentuh mereka yang memerlukan dengan semangat murah hati dan cinta kasih Yesus.--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments

Sunday Reflection

Twentieth Sunday of Ordinary Time: That woman is Ourselves

Mark calls her “a Greek” but Matthew uses the ancient name “Canaanite,” a reference to the original inhabitants of the Holy Land, who were conquered by the Israelites some twelve centuries before the time of Jesus. Matthew recognises that this encounter between the woman from the area of Tyre and Sidon and Jesus is about an outsider “wanting in.” So he heightens the drama by identifying her as a member of that group of pagans who were Israel’s first enemies (after the Egyptians, of course).