Disiplin rutin doa yang mentransformasikan kehidupan

Pada hari ini, pertanyaan umum mengenai hal-hal rohani bukan lagi, “Apa gereja atau agama anda?" Tetapi, "apa yang anda praktikkan atau apa yang kamu percaya?”

Jan 09, 2021

Pada hari ini, pertanyaan umum mengenai hal-hal rohani bukan lagi, “Apa gereja atau agama anda?" Tetapi, "apa yang anda praktikkan atau apa yang kamu percaya?”

Apakah amalan anda? Apakah anda sangat taat mengamalkan beberapa doa?  Adakah ia Kristian? Buddha? Islam? Sekular? Adakah anda bermeditasi? Adakah anda melakukan doadoa rasmi? Adakah anda mengamalkan Kesedaran? Berapa lama anda melakukan ini setiap hari?

Ini adalah soalan yang baik dan amalan doa yang mereka rujuk sebagai amalan yang baik; tetapi saya menghadapi satu masalah di sini.

Kecenderungan di sini adalah untuk mengenal pasti inti dari pemuridan dan pemeliharaan agama seseorang dengan satu amalan doa eksplisit, dan itu boleh menjadi reduksionis dan sederhana. Pemuridan adalah lebih sekadar satu amalan doa. Salah seorang rakan saya mengongsikan kisah ini. Beliau berada di perjumpaan rohani di mana ramai yang bertanya, “Apakah amalan rohani kamu?”

Salah seorang wanita dalam perhimpunan itu menjawab, “Amalan saya ialah membesarkan anak-anak saya!”

Wanita itu mungkin bergurau tetapi di sebalik gurauannya, ia mempunyai wawasan yang boleh membetuk kecenderungan untuk mengenal pasti dasar kerasulan  seseorang meskipun hanya mengamalkan satu doa rasmi sahaja.

Para pertapa mempunyai rahsia yang sangat baik untuk kita ketahui. Salah satu daripadanya adalah kebenaran dan sukacita dalam setiap amalan doa yang bersifat transformatif, ia harus dilakukan dalam kumpulan praktik yang lebih besar, "rutin monastik" yang jauh lebih besar, yang melakukan satu hingga lebih dari satu latihan doa. Bagi seorang pertapa, setiap amalan doa tertanam dalam rutin monastik dan rutin itu, dan bukan sekadar pratik berdoa tetapi menjadi amalan atau rutin pertapa itu. Apatah lagi, rutin monastik itu, yang mempunyai nilai nyata, yang dapat dilihat dari lafaz kaul mereka.

Oleh itu, soalan "apakah amalan anda?" adalah baik jika merujuk kepada lebih daripada sekadar satu amalan doa eksplisit. Ia juga mesti bertanya apakah anda mentaati amalan atau praktik itu. Adakah anda setia pada kaul dan komitmen?  anda? Adakah anda membesarkan anak-anak anda dengan baik? Adakah anda tinggal dalam komuniti Kristian? Adakah anda menjangkau orang miskin? Dan, ya, adakah anda mempunyai latihan atau praktik doa harian, eksplisit, biasa?

Apa itu praktik doa kita sendiri?

Bagi saya, saya sangat bergantung pada keteraturan dan ritual, pada "rutin monastik". Inilah  rutin biasa saya: Setiap pagi saya berdoa Ibadat Harian  (biasanya bersama komuniti). Kemudian, sebelum ke pejabat, saya membaca buku rohani sekurang-kurangnya 20 minit.

Pada tengah hari, saya menyertai Ekaristi dan kadang-kadang pada siang hari, saya berjalanjalan dan berdoa selama satu jam (kebanyakan menggunakan rosari sebagai mantera dan berdoa untuk banyak orang dengan menyebut nama-nama mereka.) 

Pada hari-hari ketika saya tidak berjalan-jalan, saya duduk dalam meditasi atau memusatkan doa selama kira-kira lima belas minit. Setiap petang, saya berdoa Ibadat Petang (sekali lagi, biasanya di komuniti).

Seminggu sekali, saya menghabiskan waktu petang untuk menulis ruangan mengenai beberapa aspek kerohanian. Sebulan sekali saya merayakan Sakramen Perdamaian, selalunya saya mengaku dengan paderi yang sama dan jika ada kesempatan, berusaha meluangkan masa seminggu dalam setiap tahun untuk melakukan retret.

Amalan saya ini bertahan kerana rutin, ia telah menjadi irama dan tradisi dalam hidup saya. Rutin ini telah menjaga kerasulan dan kaul saya. Ia menjadikan saya taat dan setia. Tidak kira betapa sibuknya saya, tidak kira betapa terganggu saya, dan tidak kira saya mahu berdoa pada hari tertentu atau tidak, ritual ini menarik saya untuk kembali berdoa dan taat.

Menjadi murid adalah meletakkan diri anda di bawah disiplin. Oleh itu, sebahagian besar amalan atau rutin adalah pelayanan saya dan disiplin kronik yang menuntut komitmen diri saya sendiri.

Pendedahan sepenuhnya, pelayanan sering kali lebih memikat daripada berdoa; tetapi ia juga menuntut lebih banyak daripada fiti anda dan, jika dilakukan dengan penuh kesetiaan, dapat menjadi sangat transformatif, menjadikan anda matang, dewasa dan altruisme

Carlo Carretto, penulis rohani yang terkenal, menghabiskan banyak masa dewasanya di  Gurun Sahara, tinggal sendirian sebagai pertapa, menghabiskan berjam-jam dalam doa formal. Namun, setelah bertahun-tahun bersendirian dan berdoa di padang pasir, dia mengunjungi ibunya yang sudah tua yang telah mendedikasikan bertahun-tahun hidupnya untuk membesarkan anak-anak, dan tidak banyak waktu untuk berdoa secara formal.

Semasa mengunjungi ibunya,  dia menyedari sesuatu, iaitu, ibunya lebih bertimbang rasa daripada dia! Sejujurnya, Carretto mengambil pelajaran yang tepat: tidak ada yang salah dengan apa yang telah dia lakukan semasa bertapa di padang gurun selama bertahun-tahun, tetapi ada sesuatu yang sangat tepat dalam apa yang ibunya lakukan dalam kesibukan membesarkan kanakkanak sejak bertahun-tahun. Ibunya telah memperlihatkan bahawa hidupnya adalah biara itu sendiri. Amalannya adalah "membesarkan anak-anak".

Saya selalu menyukai kalimat ini dari Robert Lax: "Tugas dalam hidup bukanlah mencari jalan di hutan seperti mencari irama untuk berjalan."

Mungkin irama anda "monastik", mungkin "domestik". Rutin berdoa adalah sangat penting sebagai amalan seseorang penganut agama, seperti juga tugas kita sebagai dalam menjaga negara kita. — Hakcipta Terpelihara 1999-2021 @ Fr Roh Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments