Doa kepada Sto Michael bawa kebangkitan pada Gereja

Doa kepada Sto Michael bawa kebangkitan pada Gereja

Oct 12, 2018

WASHINGTON: Sebagai tindak balas kepada krisis salah laku seksual di kalangan klerus, banyak gereja di seluruh dunia telah mengeluarkan senjata besar rohani iaitu memohon pertolongan Malaikat Agung Sto Michael untuk membantu Gereja.

Beberapa orang paderi telah mengajak umat paroki untuk mendoakan doa ini pada akhir Misa, malah beberapa uskup telah menyeru semua paroki di keuskupan untuk mendoakan doa ini.

Sri Paus Fransiskus barubaru ini juga telah meminta umat Katolik di seluruh dunia untuk mendoakan doa kepada Malaikat Agung Sto Micheal selepas doa Rosari sepanjang bulan Oktober. Bagi beberapa paroki, doa kepada Malaikat Agung yang didoakan pada akhir Misa, bukanlah sesuatu yang baru.

Pada tahun 2015, apabila Father Jose Manuel Campos Garcia telah ditugaskan ke Paroki St Joseph di Roseburg, Oregon, beliau mula berdoa kepada St. Michael selepas Misa setiap hari, tidak lama selepas kejadian menembak di Kolej Komuniti Umpqua,yang menyebabkan 10 orang pelajar mati.

Kemudian, paderi itu mula memimpin umat paroki untuk mendoa doa ini setiap hari selepas Misa di mana beliau mulai melihat perubahan.

“Bagi kami, ia perjalanan proses penyembuhan hubungan dan penyembuhan masyarakat,” katanya. Dan kini paroki-paroki lain di Keuskupan turut sama menyeru Malaikat Agung untuk “mempertahankan kita dalam pertempuran” dan “menjadi pertahanan kita dalam melawan kejahatan dan ancaman iblis.” —CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments