Doa Taize Kerasulan Belia KSFX: Mata Tuhan tertuju kepada mereka yang berharap akan kasih setia-Nya

Pada 26 Julai lalu, belia Katedral St Francis Xavier memimpin doa Taize pada 26 Julai 2020. Doa Taize ini bertujuan untuk menyatukan para belia dan umat dalam doa. Doa-doa diangkat sepanjang Doa Taize ini memohon pertolongan dan kekuatan daripada Tuhan bagi menghadapi masamasa sukar dan agar iman belia tidak tertidur.

Jul 31, 2020

KENINGAU: "Apakah yang paling berharga dalam hidup kita? Adakah harta, kedudukan, status?  Adakah semua ini dapat membawa kebahagiaan dan keselamatan?" Persoalan-persoalan ini merupakan antara inti renungan yang telah disampaikan oleh Sr Liza Jamat FSIC, Pembimbing Rohani Kerasulan Belia Katedral St Francis Xavier. 

Pada 26 Julai lalu, belia Katedral St Francis Xavier memimpin doa Taize pada 26 Julai 2020. Doa Taize ini bertujuan untuk menyatukan para belia dan umat dalam doa. Doa-doa diangkat sepanjang Doa Taize ini memohon pertolongan dan kekuatan daripada Tuhan bagi menghadapi masamasa sukar dan agar iman belia tidak tertidur.

Doa Taize ini disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube Komisi Belia Keuskupan Keningau. Media digital merupakan sarana utama penginjilan KBKK sejak tercetusnya pandemik covid-19 yang telah menyebabkan dunia “bertekuk lutut” bermula awal Mac lalu sehingga kebanyakan negara melancarkan perintah kawalan pergerakan yang turut menangguhkan Misa dan perhimpunan umat beriman.

Malaysia kini dalam fasa pemulihan, Gereja mula dibuka kembali namun perhimpunan tetapi kelas katekismus dan aktiviti di luar Misa Kudus masih belum dibenarkan untuk diadakan atau dianjurkan. Oleh itu, Komisi Belia Keuskupan Keningau dengan kreatif menggunakan platform media sosial, menganjurkan beberapa aktiviti online sehingga hujung tahun ini.

Doa Taize dalam talian, merupakan salah satu program yang dirancang oleh KBKK. Penggambaran dilakukan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon, Katedral St. Francis Xavier Keningau dan Manis-Manis Resort Keningau. Dalam siaran langsung, para pemimpin doa, Ann dan Kelly mengangkat doa-doa permohonan di hadapan Salib yang dikelilingi lilin diselang seli dengan lalu-lagu pujian yang merdu dan perlahan.

Para belia dari stasi luar dan luar Paroki KSFX, mengikuti doa Taize ini dengan menonton siaran langsung di tempat masing-masing,  berkumpul dan berdoa bersama dengan mematuhi SOP. Pembacaan Injil yang dibacakan oleh Sdra Henry Adee dari Matius 13:44-52 diikuti renungan oleh Sr Liza.

Dalam renungan itu, para belia diingatkan bahawa harta, kedudukan, status bukan jaminan kebahagiaan dan keselamatan. Kita diajak untuk tidak terikat pada  status, harta dan kedudukan kerana jika kita terikat  dengannya, mustahil untuk kita berbahagi, melayani dan merendahkan diri apatah lagi mengutamakan kerajaan Tuhan.

Sr Liza juga membawa para belia merenung bahawa mereka mempunyai "harta tersembunyi" yang amat berharga iaitu keluarga, rakan-rakan dan mereka yang berjalan dalam seiman.

"Harta itu begitu dekat, berusahalah untuk menyedari dan mencarinya. Bijaklah untuk memilih sama ada kita mahukan kegembiraan sementara atau selama lamanya," ujar Sr Liza.

Pada akhir renungannya, Sr Liza menyeru para belia agar tidak takut memilih Tuhan kerana dalam Tuhan ada sukacita besar yang su kar diterangkan dan hanya dapat dimengertikan dalam terang iman.

Tegasnya, "Jangan tinggal dalam kekecewaan dan ketakutan tetapi pilihlah sukacita di dalam Tuhan!"

Total Comments:0

Name
Email
Comments