Ekaristi memperkuat kita untuk mewujudkan masyarakat lebih adil

Dalam Injil Yohanes hari ini (Yoh 6:51-58) Yesus sampai lima kali berkata kepada murid-muird-Nya, bahawa mereka harus makan daging- Nya.

Jun 16, 2017

HARI MINGGU
TUBUH DAN DARAH KRISTUS
PEMBACAAN
ULANGAN 8:2-3,14-16;
1 KORINTUS 10:16-17;
YOHANES 6:51-58
Dalam pembacaan pertama, diceriterakan bahawa Musa meminta umat Israel selalu ingat akan Tuhan, yang selama 40 tahun selalu membimbing, mendampingi dan memberikan “manna”, roti kehidupan dalam perjalanan hidup mereka.

Dalam Injil Yohanes hari ini (Yoh 6:51-58) Yesus sampai lima kali berkata kepada murid-muird-Nya, bahawa mereka harus makan daging- Nya.

Yesus mahu menegaskan, bahawa dalam diri-Nya Tuhan memasuki diri dan hidup kita. Dia menjadi tubuh dan darah, menjadi manusia seperti kita. Murid-murid-Nya bukan hanya mengalami kesulitan memahami kata- Nya, bahawa mereka harus makan tubuh dan darah-Nya, tetapi juga sukar untuk percaya bahawa dalam diri Yesus Tuhan sungguh memasuki dunia mereka ini.

Dalam pembacaan kedua, Paulus berbicara kepada umat di Korintus yang mengalami perpecahan antara mereka (I Kor 10:16-17). Keadaan yang Paulus gambarkan sebagai penyakit dalam satu tubuh. Mereka tidak hidup rukun seperti anggotaanggota tubuh yang satu. Padahal hanya ada satu Tubuh (mistik) iaitu Kristus, dan mereka adalah anggotaanggota- Nya. Walaupun mereka itu bersama-sama adalah anggota, namun mereka yang kaya tidak memikirkan dan menolong sesama yang miskin, dan yang mereka yang sakit tidak diubati dan disembuhkan.

Dengan demikian sambil mengadakan perjamuan makan bersama dalam perayaan Ekaristi, mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Sebab Ekaristi sebagai Tubuh dan Darah Kristus yang satu dimakan dan diminum bersama-sama, tetapi diterima oleh orang-orang yang tidak saling mengasihi, meskipun merupakan anggota persekutuan Kristus yang satu dan sama.

Menghadapi kenyataan ini, katakata Paulus sangat tajam: “Apabila kamu berkumpul, kamu bukanlah untuk makan perjamuan Tuhan" (1 Kor 11:20). Apakah kamu tidak mempunyai rumah sendiri untuk makan dan minum? Atau mahukah kamu menghinakan Jemaat Tuhan dan memalukan orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa? Apakah yang kukatakan kepada kamu? Memuji kamu? Dalam hal ini aku tidak memuji” (11:22).

Ekaristi, iaitu Tubuh dan Darah Kristus dinodai oleh orang-orang yang saling bermusuhan, tidak adil dan mementingkan diri sendiri (egoistis). Paulus menegaskan hal ini: “Kerana roti itu hanya satu, maka kita ini sekalipun banyak merupakan satu tubuh, kerana kita semua mendapat bahagian dalam roti yang satu” (1 Kor 10:17).

Injil menurut Markus, Matius dan Lukas memperkenalkan Ekaristi dalam ceritera tentang Perjamuan Malam yang diselenggarakan oleh Yesus sebelum penderitaan dan kematian- Nya di salib. Yohanes tidak langsung berbicara tentang Perjamuan Malam. Namun dalam Injilnya (Yoh.6) ia memberi keterangan panjang lebar tentang erti roti, yang dimaksudkan oleh Yesus (Yoh 6:25- 59). Beberapa kali Yesus memperbanyak dan membahagi-bahagi roti. Tetapi pengertian mereka terbatas, dan roti-roti itu hanya mereka lihat dan anggap untuk menghilangkan kelaparan saja.

Memang benar bahawa roti itu memang untuk keperluan fizikal, namun kedatangan Yesus bukan untuk menghilangkan kelaparan fizikal saja, melainkan kelaparan abadi, baik jasmani mahupun rohani. Roti yang dibawa Yesus iaitu roti yang adalah Yesus sendiri, ertinya roti dari syurga, yang akan menghilangkan kelaparan seluruhnya. Roti yang diberikan oleh Yesus tidak sama dengan roti yang diberikan Musa kepada bangsa Israel dalam perjalanan hidup mereka di padang gurun. Roti atau “manna” itu hanya sementara. Tetapi roti yang diberikan Yesus adalah diri-Nya: “Akulah roti yang turun dari syurga”.

Kita hanya dapat memahami katakata Yesus itu, apabila kita sungguh mahu mendengarkan dan menerimanya sebagai Sabda Tuhan, yang terutama didengarkan dalam perayaan liturgi seperti dalam misa kudus atau perayaan Ekaristi. Itulah sebabnya mengapa perayaan Ekaristi didahului dengan perayaan Sabda Tuhan. Ada dua komuni: komuni Sabda dan komuni Roti.

Kedua-dua komuni itu tidak terpisahkan. Tidak ada gunanya hanya mahu menerima salah satu saja. Untuk menerima Ekaristi, iaitu Tubuh dan Darah Kristus, kita memerlukan persiapan diri. Dan itulah yang kita peroleh dari Ibadat Sabda, sebagai komuni Sabda. Kita harus siap untuk memiliki hati penuh kasih, bukan hati penuh dendam, iri hati, kemarahan, kemunafikan diri!

Ekaristi Kristus hanya sungguh hadir dan diberikan sebagai roti bagi orang miskin, orang yang sungguh memerlukan dan bukan bagi orang yang merasa tidak tidak memerlukan dan malahan merasa telah serba bercukupan. Keinginan menerima Ekaristi harus disertai pula dengan keinginan ikut menciptakan hidup di dalam masyarakat yang lebih adil (dalam bahasa alkitabiah: “masyarakat yang lebih benar”).

Menerima Ekaristi adalah menerima Kristus, Tubuh dan Darah-Nya, yang membahagikan diri-Nya. Maka kita yang menerima-Nya harus bersedia pula membahagikan diri kepada sesama. Atau dengan bahasa Yesus: kita harus bersedia pula menjadi roti dan minuman untuk orang lain.--IGL

Total Comments:0

Name
Email
Comments