Ekumenisme — jalan menuju kebersamaan

Ekumenisme — jalan menuju kebersamaan

Feb 15, 2019

Saya berasa sangat bertuah dan dirahmati kerana semasa saya dalam pengajian teologi, saya berkesempatan mengambil kelas daripada dua orang sarjana Katolik terkenal, Avery Dulles dan Raymond E.Brown.

Avery merupakan seorang pengkaji eklesiologi di mana bukubuku tulisannya kerap menjadi buku-buku teks yang digunakan sebagai bahan bacaan di seminari dan sekolah-sekolah teologi. Raymond pula seorang sarjana Kitab Suci yang sungguh bijaksana, malah tetap terkenal meskipun hampir 30 tahun selepas kematiannya. Tidak ada seorang pun yang berani atau sengaja mempersoalkan tentang pengetahuan, intergiti peribadi atau komitmen iman kedua-dua sarjana ini.

Meskipun disiplin teologi mereka berdua adalah berbeza, tetapi apa yang mereka kongsikan, adalah melangkaui pendapat serta ilmu para sarjana dan pemimpin Gereja yang disegani, mereka berdua memberikan semangat untuk ekumenisme dan kemampuan untuk membentuk persahabatan erat serta mengajak dialog yang mesra di kalangan pelbagai denominasi Kristian dan antara agama.

Tulisan atau buku-buku mereka dipelajari bukan sahaja dalam lingkungan Gereja Katolik tetapi turut menjadi bahan bacaan sekolah- sekolah teologi dan seminari Protestan, Evengelikal, Mormon dan Yahudi.

Kedua-dua sarjana ini amat disegani kerana keterbukaan, persahabatan dan kemesraan mereka terhadap mereka yang mempunyai pandangan agama berbeza daripada mereka.

Malah, Raymond Brown menghabiskan kebanyakan masanya dengan mengajar di Seminari Teologi Union di New York, dan dalam masa yang sama, beliau seorang paderi Suplician, yang sangat bangga dengan identiti imamat dan Katolik Romawi beliau. Selepas kematian bapa dan ibunya, beliau mengatakan Gereja Katolik Romawi dan komuniti Sulpician adalah "keluarga yang tinggal untuk saya."

Dan apa yang dikongsikan oleh kedua-dua tokoh ini dalam visi mereka untuk ekumenisme ialah: Jalan menuju kesatuan Kristian, jalan yang pada akhirnya akan membawa semua orang-orang Kristian yang berkehendak baik bergabung di dalam sebuah komuniti, mengelilingi satu altar, tidak cuba untuk menunjukkan bahawa denominasinya adalah yang terbaik atau paling benar, atau memaksa umat lain untuk mengakui bahawa mereka salah dan kitalah yang betul serta mendesak mereka untuk kembali kepada kawanan umat yang betul, iaitu denominasi kita khususnya.

Pada pandangan mereka, memaksa atau mendesak, mencari kesalahan denominasi gereja lain, secara praktik atau teologi, bukanlah jalan kesatuan. Avery Dulles mengatakan, jalan itu seharusnya adalah jalan “kesatuan yang progresif”. Apakah jalan itu?

Ia bermula dengan pengakuan jujur setiap kita bahawa semua kita, tidak ada satu denominasi pun, yang mempunyai kepenuhan kebenaran yang melahirkan ungkapan sebenar Gereja dan taat kepada Injil.

Kita semua ada sikap mempertahankan praktik agama kita melalui cara masing-masing, dan setiap kita memilih petikan-petikan atau firman Tuhan yang kita sukai dalam Injil, ini bermakna, ada pula sebahagian daripada Injil yang kita tidak hiraukan.

Maka, jalan menuju kesatuan memerlukan laluan pertobatan, secara peribadi dan eklesia, untuk mengakui dan mengenal apa yang dihargai oleh gereja-gereja lain, membaca kitab suci dengan lebih mendalam demi untuk mencari apa yang telah kita abaikan dan apa yang tidak kita lakukan, dan secara individu dan berkumpulan, cuba untuk menghidupi kebenaran Yesus Kristus.

Dengan melakukan ini, semua kita dan setiap gereja dapat menghidupi Injil dengan lebih efektif, kita juga akan lebih maju untuk bertumbuh bersama, maka, apabila kita bertumbuh dengan lebih mengelilingi Kristus, dan dalam melakukan ini, kita pada akhirnya mendapati bahawa kita semua berada di altar yang sama, dan melihat sesama sebagai sebahagian daripada komuniti yang sama.

Makna "jalan kesatuan" bukanlah mengenai memaksa atau mendorong seseorang untuk menukar agama sebaliknya, setiap kita harus menghidupi Injil dengan lebih taat dan semakin akrab dengan orang lain di dalam Kristus.

Ini bukan bermakna kita ambil lewa sahaja dengan denominasi kita atau membuat rumusan bahawa semua denominasi adalah sama sahaja atau kita sudah cukup berpuas hati dengan membuat kenyataan bahawa denominasi kita pada hari ini adalah salah satu cabang gereja Kristus yang sudah wujud dalam Perjanjian Baharu. Sebaliknya, kita semua harus mula mengakui bahawa kita semua tidak sempurna, tidak mencapai kepenuhan, malah masih terlalu awal untuk mengatakan kita umat beriman penuh. Bermula dari poin ini, Raymond E.Brown kemudiannya memberikan cabaran ini kepada semua gereja: “mengenal dan mengakui perbezaan kepelbagaian eklesiologikal Perjanjian Baharu menjadikan dakwaan mana-mana gereja untuk beriman penuh kepada Kitab Suci adalah lebih rumit.

Kita adalah umat beriman tetapi kita masing-masing mempunyai cara tertentu dan pengajian ekumenik serta kitab suci menjadikan kita lebih menyedari bahawa ada jalan-jalan lain untuk menjadi beriman iaitu cara yang mungkin bukan haluan kita.

Ringkasnya, pembelajaran eklesiologi Perjanjian Baharu yang jujur harus meyakinkan setiap komuniti Kristian bahawa mengabaikan sebahagian dalam Perjanjian Baharu adalah mengabaikan tugas kesaksian kita ... saya bertempur bahawa dalam golongan Kristian yang berbelah bahagi, kita tidak membaca Kitab Suci untuk meyakinkan bahawa kita adalah betul, sebaliknya adalah lebih baik untuk membaca sambil meneroka khususnya pada bahagian- bahagian yang tidak kita dengari.

Kita selaku umat Kristian dalam pelbagai gereja dalam usaha untuk mendengar suara-suara terpendam, pandangan gereja kita akan bertumbuh dan kita akan semakin hampir untuk berkongsi pandangan yang sama. Kemudian, Kitab Suci akan melakukan untuk kita apa yang Yesus lakukan pada masa- Nya, iaitu, meyakinkan mereka yang mempunyai telinga tetapi tidak mendengar, kerana Tuhan meminta mereka untuk melakukan lebih daripada yang mereka fikirkan." Malah, Tuhan meminta kita lebih daripada apa yang kita fikirkan. — Hakcipta Terpelihara 1999-2019 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments