Empat diculik, seorang seminarian dibunuh Boko Haram

Aid to the Church in Need (Bantuan untuk Gereja Memerlukan) mengumumkan salah seorang dari empat seminarian yang diculik 8 Januari 2020 di Kaduna Nigeria telah dibunuh.

Feb 16, 2020

ROMA, Itali: Aid to the Church in Need (Bantuan untuk Gereja Memerlukan)  mengumumkan salah seorang dari empat seminarian yang diculik 8 Januari 2020 di Kaduna Nigeria telah dibunuh.

“Dengan dukacita mendalam, kami mengumumkan kepada kalian bahawa seminarian terakhir yang berada di tangan para penculik, Michael (gambar), telah dibunuh.” Berita dari Tweet ACN, Itali melaporkan, Michael  telah diculik bersama tiga seminarian lain dari Seminari Tinggi Gembala Baik di Kakau, Kaduna. Tiga seminarian lain telah dibebaskan dan  sedang menerima rawatan perubatan. ACN melaporkan, direktur seminari melakukan pengecaman jenazah itu. Pada 31 Januari lalu, Gereja,. Uskup Agung Aukbeze menjelaskan, meskipun semua seminari di Nigeria memiliki tembok pelindung, “ tetapi tembok-tembok itu tidak cukup untuk menghentikan serangan Boko Haram,” puak ekstremis Islam.

Menurut Data PBB barubaru ini, sejak 2009 keganasan telah menyebabkan lebih dari 35,000 menjadi korban.— ACN

Total Comments:0

Name
Email
Comments