Enam orang Sister FSIC sambut jubli tanda kematangan iman

Enam orang Sister FSIC sambut jubli tanda kematangan iman

May 18, 2018

KOTA KINABALU:Sister Cabrini Mobilik, 69; Sister Grace Deosing, 65; Sister Calista Saliun, 49; Sister Dariah Ajap, 51; Sister Julita Joseph, 50; dan Sister Mary How, 49 merupakan nama-nama biarawati dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) yang tidak asing lagi di Sabah. Mereka berenam sangat dikenali oleh umat tempatan kerana banyak melakukan kerja-kerja penginjilan, seminar, kateketikal dan pendidikan.

Pada 21 April lalu, lebih 1000 umat telah meraikan perayaan jubli bagi enam orang Sister ini. Sr Cabrini menyambut ulang tahun emas, Sr Grace, jubli rubi manakala empat orang Sister lagi menyambut jubli perak masingmasing.

Perayaan Ekaristi dipimpin oleh Uskup Agung John Wong bersama Uskup Agung Emeritus John Lee, Uskup Cornelius Piong dari Keningau dan Uskup Julius Gitom dari Sandakan, Uskup Cornelius Sim dari Brunei dan para paderi dari Kota Kinabalu dan Keningau.

Dalam ucapannya, Uskup Agung John mengatakan beliau percaya, enam orang Sister yang menyambut perayaan jubli itu telah menjalani kehidupan religius mereka dengan sungguhsungguh dan kreatif dalam membantu kongregasi memenuhi misi mereka, “Kristus dikenali oleh semua.”

Dan salah satu cara penginjilan mereka yang ketara ialah menghidupi Sabda Tuhan serta menggambarkan Kristus dalam perbuatan dan perkataan mereka sehari-hari.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments