Enam pelajar SMK Konven St Cecilia sertai pertandingan Bible Knowledge di PJ

Persatuan Christian Student Movement SMK Konven St. Cecilia telah menghantar enam orang pelajar untuk menyertai dua pertandingan Bible Knowledge peringkat kebangsaan iaitu 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz dan 17th National Bible Knowledge Quiz pada 5 Ogos lalu di SMK Assunta, Petaling Jaya.

Sep 09, 2017

SANDAKAN: Persatuan Christian Student Movement SMK Konven St. Cecilia telah menghantar enam orang pelajar untuk menyertai dua pertandingan Bible Knowledge peringkat kebangsaan iaitu 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz dan 17th National Bible Knowledge Quiz pada 5 Ogos lalu di SMK Assunta, Petaling Jaya. Program ini dijalankan bagi semua pelajar Kristian anjuran The Malayan Christian Schools’ Council (MCSC).

Daripada enam pelajar tersebut, dua daripadanya menyertai pertandingan 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz manakala empat pelajar lagi mengikuti 17th National Bible Knowledge Quiz telah ditanggung oleh ibu bapa mereka masingmasing.

Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan kepada murid tentang cara menjawab soalan Bible Knowledge dengan betul; memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar; memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan subjek Bible Knowledge dan memberi motivasi kepada para pelajar tentang tanggungjawab mencapai kecemerlangan dalam SPM Bible Knowledge.

Pencapaian dua orang peserta yang menyertai 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz, Oddyssey Roulind dan Jacynth Christine Glenmarie Silveo ialah kedua-duanya mendapat sijil penyertaan.

Keputusan empat orang pelajar yang mengikuti 17th National Bible Knowledge Quiz ialah Crissy Albert Lioe mendapat Piala Top Ten Award, sijil dan piala penyertaan. Tiga lagi pelajar, Stefani Ang, Starr Hiew dan Jamie Lai Jie Mee masing-masing mendapat sijil dan piala penyertaan.

Melalui penyertaan ini, para pelajar Kristian mendapat perkongsian ilmu tentang teknik menjawab yang betul. Selain itu, dapat menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan SPM Bible Knowledge serta memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Oleh yang demikian, program seumpama ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjana kualiti dan peribadi sahsiah pelajar sama ada dari segi intelek mahupun rohani.--DS

Total Comments:0

Name
Email
Comments