Enam umat awam diutus jadi pelayan komuni tak lazim

Seramai enam orang Pelayan Komuni Tak Lazim dari Chapel Corpus Christi Terendak Kem, Melaka telah diberi mandat sebagai Pelayan Komuni, bagi sesi 2017-2019.

Sep 09, 2017

SUNGAI UDANG, Johor: Seramai enam orang Pelayan Komuni Tak Lazim dari Chapel Corpus Christi Terendak Kem, Melaka telah diberi mandat sebagai Pelayan Komuni, bagi sesi 2017-2019.

Pelantikan dan pengutusan mereka telah dijalankan semasa Misa Kudus bersempena Pesta Tuhan Menampakkan Kemuliaan- Nya. Misa telah dipimpin oleh Paroki St. Mary Ayer Salak, Fr. Bartholomew K.C Wong.

Turut serta dalam upacara itu ialah Diakon Anthony Chua, Sr. Magdalena dan Sr. Jaslia FSIC. Pelayan Komuni Tak Lazim yang telah dilantik dan diutus adalah Sylvester Bingkin, Samson Ak Kiyak, Jusery Bin Gani, Rujaya Bt Simin, Noorina Ak Munan dan Jenny Laga Augustine.

Sebelum diutus, para pelayan komuni ini terlebih dahulu menghadiri rekoleksi sebagai persiapan rohani mereka.--Sylvester Bingkin

Total Comments:0

Name
Email
Comments