Francesco, filem baharu dokumentari kehidupan dan ajaran Sri Paus

Filem dokumentari “Francesco”, oleh sutradara Evgeny Afineevsky, menjalin suara dan cerita masa lalu dan sekarang, termasuk wawancara eksklusif dengan Sri Paus Fransiskus sendiri, dengan Sri Paus emeritus Benediktus XVI, dengan anggota keluarga Fransiskus dan dengan ramai orang lainnya.

Oct 24, 2020

Filem dokumentari “Francesco”, oleh sutradara Evgeny Afineevsky, menjalin suara dan cerita masa lalu dan sekarang, termasuk wawancara eksklusif dengan Sri Paus Fransiskus sendiri, dengan Sri Paus emeritus Benediktus XVI, dengan anggota keluarga Fransiskus dan dengan ramai orang lainnya.

Di dalam filem itu, Afineevsky menyoroti cabaran zaman kita, urgensi yang perlu dijawab dan misi Gereja dalam memandang orang-orang yang menderita akibat ketidakadilan.

Tayangan perdana filem ini ditayangkan pada 21 Oktober lalu di Festival Filem Roma. Kemudian, pada keesokan harinya, ia ditayangkan di Taman Vatikan.

Filem itu akan menerima Kinéo Prize ke-18. Penghargaan “Kinéo Movie  for Humanity” diberikan kepada mereka mempromosikan tema-tema sosial dan kemanusiaan.

Tahun ini, penghargaan akan diberikan secara peribadi oleh Rosetta Sannelli, pencipta anugerah penghargaan itu, yang melihat nilai besar sejarah filem itu.

“Setiap perjalanan Sri Paus Fransiskus ke pelbagai belahan dunia, didokumentasikan dalam karya Afineevsky melalui Francesco, filem doku mentari baharu tentang kehidupan dan ajaran Sri Paus, gambar-gambar dan keratan berita, serta sekilas memperlihatkan pandangan autentiknya dalam kejadian-kejadian pada masa ini.

Evgeny Afineevsky menyelesaikan penggambaran “lalu, di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pengarah itu menggunakan gambar-gambar yang sangat berkesan dalam menceritakan pelbagai tema seperti pan demik, perkauman dan penganiayaan seksual.

Filem ini juga membahas perang di Syria dan Ukrain serta penganiayaan terhadap kaum Muslim Rohingya.

Fransiskus, dalam filem itu, menjawab pertanyaan -pertanyaan “dengan bijaksana dan murah hati” serta pelbagai “contoh-contoh mengharukan dari pelajaran-pelajaran hidupnya,” dan melemparkan kembali cita-cita yang “dapat  membantu kita membangun jambatan menuju masa hadapan lebih baik dan tumbuh sebagai komuniti global.”

Sutradara Evgeny Afineevsky dicalonkan  untuk Oscar dan Emmy tahun 2016 untuk filemnya “Winter on Fire” dan tahun 2018 menerima tiga nominasi Emmy untuk “Cries from Syria”. — media Vatikan  Sekumpulan

Total Comments:0

Name
Email
Comments