FSJV lancar album bantu aspiran

CD album itu dijual dengan harga RM 25.00. Hasil jualan akan disalurkan kepada Rumah Pembentukan Aspiran di Kota Kinabalu.

Aug 25, 2016

BUKIT PADANG: Sahabatsahabat St John Vianney (The Friends of St John Vianney /FSJV) telah melancarkan album pertama mereka dalam sebuah majlis kesyukuran di sebuah restoran pada 4 Ogos lalu.

Majlis kesyukuran ini dihadiri lebih 900 umat. Ia meraikan kejayaan kelahiran album bertajuk “Lagu Rohani” yang memuatkan 12 lagu dalam Bahasa Malaysia dan Kadazan. Selain itu, pendengar juga akan mendengar beberapa orang Paderi mengalunkan suara secara solo iaitu Fr Abel Madisang, Fr Wilfred Ating, dan Fr Jeffri Gumu.

CD album itu dijual dengan harga RM 25.00. Hasil jualan akan disalurkan kepada Rumah Pembentukan Aspiran di Kota Kinabalu.

FSJV, yang sebelum ini dikenali sebagai Rakan Aspiran dan Seminarian (RASS), merupakan sekumpulan rakan yang membantu para aspiran yang sedang berada dalam proses pembentukan di Pusat Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Kumpulan ini dimulakan oleh Fr Wilfred Atin, direktor bagi Tahun Bahasa Inggeris di pusat pembentukan aspiran tersebut. Beliau menubuhkan dan melancarkan perkumpulan ini pada Februari 2011 dengan bantuan Peter dan Meilin Suking.

Selama lima tahun ini, kumpulan tersebut telah membantu para aspiran dengan mencari penyumbang bagi menukar katil, perkakas, buku, kamus dan pelbagai keperluan lain kerana pusat ini bukan di bawah jagaan Kolej Sto Petrus, Kuching.

Semasa majlis kesyukuran, Fr Wilfred turut memberitahu hadirin tentang kos material dalam membentuk seorang aspiran melalui video slaid.

Total Comments:0

Name
Email
Comments