Garis Panduan perayaan Misa Kudus semasa PKPP di Keuskupan Keningau

Garis Panduan perayaan Misa Kudus semasa PKPP di Keuskupan Keningau

Jun 20, 2020

15 Jun 2020
Rev. Fathers, Religius Brothers dan Sisters,

Katekis Ibadat, Pengerusi dan ahli-ahli MPP, MPM, KWK, KBK Semua
Paroki Keuskupan Keningau,
Paroki Katedral St. Francis Xavier, Keningau
Paroki Holy Cross, Toboh Tambunan
Paroki St. Theresa, Tambunan Paroki Roh Kudus, Sook
Paroki St. Anthony, Tenom dan Bonda Maria Mission Kemabong
Paroki St. Valentine, Beaufort
Paroki St. Yohanes Pembaptis, Sipitang
Paroki St. Patrick, Memabkut dan
Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu

PERAYAAN MISA KUDUS DAN IBADAT SABDA MASA PKPP

Saya percaya kita semua sedia mak lum bahawa kita sedang ditahap PKPP (11 Jun – 31 Ogos 2020). Pada masa pemulihan ini pihak berkuasa Majlis Keselamatan Negara telah membenarkan kita umat Kristian yang berada di Zon hijau menjalankan Misa Kudus dan Ibadat di bangunan-bangunan gereja dan chapel-chapel pada Hari Minggu mengikut syarat-syarat SOP yang ditetapkan iaitu antara lain kehadiran Umat pada setiap Misa dan Ibadat hanya satu pertiga dari kapasiti ruang Rumah Ibadat (Gereja), panjarakan sosial dan lain-lain.

Namun demikian kita juga akan meneruskan Misa Kudus online streaming bagi kemudahan mereka yang tidak dapat hadir di gereja atau chapel atas faktor usia lanjut dan kanak-kanak bawah 12 tahun serta keadaan kesihatan yang tidak dibenarkan untuk hadir ke gereja.

Dengan ini diharapkan para Paderi bersama para Religius, MPP, MPM,  KWK, KBK Katekis Ibadat di Paroki masing-masing akan mengadakan pertemuan — jika belum diadakan — untuk membincangkan dan menetapkan persiapan-persiapan yang perlu yang melibatkan para petugas mengawal dan merekodkan kehadiran umat, supaya semuanya berjalan lancar. Pastikan bahan-bahan dan alat-alat keperluan SOP ada, agar umat yang datang mengikuti Misa Kudus atau Ibadat Sabda itu nanti akan mematuhi SOP yang ditetapkan demi kebaikan dan keselamatan  semua pihak.

“Kesatuan dan Kesetiaan Kita Umat
Bersumber pada Yesus Kristus,
Menuju kepada Kekudusan-Nya”

+Bishop Datuk Cornelius Piong

Total Comments:0

Name
Email
Comments